Ahad, Januari 23, 2011

Sambungan Tafsir Al Fatihah di Masjid Amaniyah

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Kali ni ustaz menyambung kuliah tafsir Al-Fatihah di Masjid Amaniyah, Batu Caves, Selayang. Malam tu masuk ayat Malikiyau Middin. Bab Mati.

Malam tu ustaz menerangkan perihal mati. Himpitan kubur. Entah kenapa, saya perasan ustaz agak sebak pada malam tu. Inilah ceramah ustaz paling sayu yang pernah saya ikuti. Memandangkan saya duduk depan sekali, saya boleh nampak ada air mata bergenang dalam kelopak mata ustaz.

Tuan-tuan boleh dengar sendiri ceramah pada malam itu. Saya ada rakam ceramah malam tu. Walaupun bunyi agak kurang memuaskan, tapi saya dah cuba ejas bagi okay.


Khabarnya bulan depan ustaz ada forum kat masjid Amaniyah ni bersama Ustaz Zaki. Harap-harap jadilah. Masjid Amaniyah juga akan menganjurkan program besar-besaran pada bulan 5, kalau tak salah saya. Majlis bersama ulamak sempena ulangtahun ke 25 masjid Amaniyah. Tahniah kepada AJK masjid yang bekerjakeras selama ini. Ruang solat jugak dah fully air-cond. Hebatnya masjid ni. Kalau orang tak datang ke masjid jugak tak tau lah. Masjid dah bagus, apa lagi nak.


Tanpa membuang masa lagi, tuan-tuan donlod dan dengarlah dengan kadar segera. Butang hijau kat bawah ni.

Butang segitiga putin kat bawah ni, kalau nak dengar terus. Selamat Mendengar!!

Masjid Proton, Shah Alam

Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni, apa habaq? Kali ni kami ke Masjid Proton, Shah Alam. Pagi tu kelas di Surau Annur telah dibatalkan kerana tekanan darah ustaz agak tinggi. Petang tu ustaz telefon ajak pergi Masjid Proton. Dah sihat sikit.
Jadi, kami pun ke Masjid Proton malam tu. Ini kali kedua saya ke sini. Kelebihan masjid ni adalah kesukaran mencari masjid ni sendiri. Signboard tak da. Saya ulangi , Signboard tak ada. Ada pun kecik je. Saya datang awal, cerah lagi, bolehlah jumpa. ustaz datang naik kereta lain, lewat sikit dari saya. Dia sesat. Oleh hal yang demikian, eloklah pihak masjid buat sigboard yang memudahkan orang yang tak mahir kawasan tu.

Pada malam yang berbahagia itu, saya ada membuat rakaman. Dengarlah dan donlodlah.

Butang segitiga putih kat bawah ni untuk dengar terus.

Khamis, Januari 20, 2011

Ke Sungai Serai

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni, apa habaq! Saya tak tau ada orang ke tidak di sini, tapi saya update je. Kali ni kami ke Masjid Al Ehsan, Sungai Serai. Suasana kampung yang tak jauh dari bandaraya.

Ustaz sangat bersemangat malam tu, kehadiran pada malam tu juga sangat menggalakkan. Inilah kelebihan kalau ceramah di pinggir-pinggir bandar ataupun kampung macam ni. Mereka merasakan kehadiran ustaz ke kampung mereka sebagai perkara yang terbaik untuk masjid mereka. Pihak masjid memang sudah lama mahu menjemput ustaz ke kampung mereka. Kali ini ustaz masukkan Masjid Sungai Serai dalam jadual bualanannya.

Ceramah malam tu menarik. Topik yang saya sendiri belum pernah mendengar tajuk ni. Macam biasa, kerja-kerja merakam ada saya buat. Bolehlah tuan-tuan donlod dan dengar.

Tekan butang segitiga kat bawah ni untuk mendengar terus dari sini. Selamat mendengar!!

Rabu, Januari 19, 2011

Masjid KHairiah, AU3, Keramat

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni sekelian!! Apa habaq? Mudah-mudahan sihat wal afiat. Kali ni saya nak bawak tuan-tuan ke Masjid Khairiah, AU3 Keramat. Masjid ni dikenali sebagai 'Masjid Panas' sebab kat dalam masjid ni memang panas sungguh. Berbahang!!
Akan tetapi, ceramah tetap diteruskan. Jumlah kehadiran juga sangat menggalakan. Penuh ruang solat. Tahniah kepada pihak masjid yang bekerja keras menjayakan ceramah pada malam itu.
Malam tu ustaz bersemangat memberikan ceramah dan nasihat. Kami sampai awal. Awal sungguh. Malam tu, saya ada melakukan kerja-kerja rakaman bagi membolehkan sahabat yang tak dapat hadir dan orang yang jauh mendengar ceramah malam tu. Adalah menjadi harapan saya, tuan-tuan dapat manfaat dengan sumbangan saya yang sedikit ini.

Saya amat berharap tuan-tuan memberi cadangan bagi penambahbaikan blog saya ni. Kalau ada nak bagi idea, macamana nak kasi menarik lagi, saya amat alu-alukan. Kot-kot ada idea-idea menarik, bolehlah kita kongsi bersama.

Tekanlah butang segitiga putih kat bawah ini untuk mendengar secara terus. Selamat mendengar!!
Nantikan ceramah di Masjid Al Ehsan, Sungai Serai, Ulu Langat. Al Ehsan tau bukan Al Ihsan ... tu kedai sukan.

Selasa, Januari 18, 2011

Indahnya Sabar

Sudahkah anda dapatkan buku terbaru ustaz ni. Buku ini ustaz terjemahkan dari buku Dr. Yusuf Qardawi. Dapatkan di kedai buku yang berhampiran dengan anda.

Isnin, Januari 17, 2011

Surau Saujana Impian, Kajang



Assalammualaikum!!! Sahabat dan kroni, apa habaq!! Lepas kuliah subuh hari tu, kami terus ke rumah Tuan Haji Jalil untuk kuliah Dhuha di sana. Kat rumah Haji Jalil, ustaz baca bukunya yang menang Anugerah Buku Negara iaitu buku Indahnya Hidup Bersyariat. Saya ada buat rakaman, akan tetapi rakaman itu untuk keluaran VCD akan datang. Jadi, nantikan keluaran terbaru kami itu nanti. Kat bawah ni gambar masa rakaman VCD itu.

Malam nya kami ke Surau Saujana Impian Kajang. Hari tu memang agak memenatkan sungguh. Ustaz jugak kelihatan penat. Penat ustaz terubat bila tengok ramai orang di Surau Saujana Impian. Bersemangat dia. Jadi tuan tuan dengarkanlah ceramah ustaz pada malam itu, tapi agak bising sikit. Saya pun tak tau sebab apa.

Kepada yang biasa dan selesa dengar ceramaha dari blog saya ni, tekan je butang segitiga putih kat bawah ni. Selamat mendengar!!

Ahad, Januari 16, 2011

Subuh di Kemensah!!!



Assalamualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian. Malam sebelumnya kami ke rumah Ustaz Roslan, subuh keesokannya kami ke surau Al Iman, Kemensah. Inilah lokasi ceramah ustaz yang paling dekat dengan rumah saya. Jalan kakipun boleh sampai. Akan tetapi bukanlah lokasi feberet saya...hehehe. Ini adalah kerana tak ramai orang yang datang kalau berbanding dengan tempat lain.
Kat sini orang lebih suka bersandar kat dinding belakang. Untuk mendapatkan ustaz berceramah adalah sukar. Memandangkan jadualnya yang amat ketat. Bila dah dapat kuliah bulanan seperti di surau ini, orang boleh duduk bersandar kat belakang. Sebagai penduduk tempat ini, ia amat mengecewakan saya. Walaubagaimanapun kat sini, ustaz baca Kitab Jauhar Mauhub bulanan. Tiap subuh Sabtu pertama setiap bulan. Jadi saya harap akan datang lebih ramai yang akan datang. Lebih meriah bila ramai ni. AJK kena buat kerja!!!! Buat banner ke...pamplet ke..umum ke..
Subuh tu saya ada buat rakaman jugak. Bolehlah tuan-tuan mendonlod dengan segera. Tekanlah butang donlod kat bawah ni.
Butang segi tiga kat bawah ni pulak, untuk yang biasa dengar terus dari blog saya ni. Selamat mendonlod dan mendengar.!!

VCD & CD Audio terbaru ustaz

VCD dan CD Audio terbaru ustaz sudah terbit. Kami sedang mencari pengedar untuk mengedarkan CD & VCD ustaz. Selama ini kami hanya jual VCD & CD ustaz semasa ceramah beliau sahaja. Jadi kutipan jualan agak terhad. Kami terpaksa menunggu sehingga kutipan mencukupi untuk mengeluarkan VCD & CD baru. Sekirannya tak ada ceramah, maka tidak ada jualan. Keluaran terbaru sedang menanti untuk dikeluarkan. Ceramah yang terbit melalui VCD dan CD Audio tidak disiarkan di blog ini. Sekiranya ada sesiapa berminat untuk menjadi pengedar ataupun ada mengenali penjual dan pengedar VCD, bolehlah menghubungi saya melalui email ataupun nombor telefon yang tertera di kulit VCD.

CD Audio ini dirakam di Auditorium Hospital Sungai Buloh dihadapan doktor, jururawat, petugas dan kakitangan hospital. Ini membuktikan Perubatan Islam sudah semakin diterima umum. CD Audio ini ada 2 sessi. Ini sesi pertama.

VCD ini dirakamkan di Surau Al Furqan, Taman Sekamat. Ini merupakan kuliah bulanan. Kelas masih berjalan pada setiap hari Rabu minggu terakhir setiap bulan.

Jumaat, Januari 14, 2011

Ke rumah Ustaz Roslan




Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian. Malam ni kita ke Kg. Melayu Subang. Rumah Ustaz Roslan Mohamad. Ini kali kedua kami ke rumah Ustaz Roslan. Terima kasih kepada Ustaz Roslan di atas layanan yang amat baik. Terima kasih banyak.
Kat rumah Ustaz Roslan ni, ustaz menyambung tafsir Al Fatihah yang pernah dibaca lebih kurang setahun yang lalu. Sambutan memang menggalakkan pada malam tu. Penuh dan padat.
Rakaman ada saya buat pada malam tu. Jadi bolehlah tuan-tuan mendonlod dengan segera.

Tekanlah butang segitiga putih kat bawah ni, untuk mendengar ceramah ni terus dari blog saya ni. Selamat mendengar! Mudah-mudahan mendapat manfaat.

Rabu, Januari 12, 2011

Mencari Hidayah di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam

Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni. Kali ni saya bawakan kepada tuan-tuan ceramah ustaz di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Ceramah ni kira mengejut punya ceramah ni. Masjid ni ada banyak kipas besar-besar yang menghasilkan bunyi berdengung yang kuat. harap-harap boleh dengar.
Saya ada membuat rakaman malam tu, walaupun ada bunyi kipas yang kuat. Tuan-tuan bolehlah mendonlod ceramah malam tu. Nampak butang donlod bawah ni, tak? Hah!!! tekan butang ni untuk mendonlod. Selamat mencuba!!
Kepada yang nak dengar terus dari sini, tekan butang segitiga putih kat bawah ni. Selamat mendengar!!

Isnin, Januari 10, 2011

Membaca Kitab Tanbihul Ghafilin di rumah En Halim



Assalammulaikum! Sahabat dan kroni. Kita telah dikejutkan dengan 1 berita yang menggemparkan negara. Malaysia menang Piala AFF Suzuki. Akan tetapi ceramah ustaz kali ni lebih menggemparkan. Kali ni bab Kematian. Bagaimana orang Islam mati dan bagaimana orang kafir mati. Macam biasa, tuan-tuan boleh donlod saja kat bawah ni.
Ceramah yang kat bawah ni adalah yang terkini di rumah En Halim. Saya juga ada menyediakan ceramah yang sebelum ini.
Ini adalah kerana ceramah yang sebelum ini saya belum lagi mendnlod ke blog ini. Jadi hari ini saya ada kesempatan masa. Maka sebagai bonus, saya donlodkanlah untuk tuan-tuan.

Butang putih ni untuk sahabat yang mahu mendengar terus dari blog saya ni.



Bahagian bawah ni la, ceramah yang sebelum ceramah yang atas. Saja je letak kat bawah. Bagi suspen sikit. Sebenarnya kena dengar yang bawah dulu. Baru yang atas. Selamat mendengar!!

Nak dengar terus, tekan je butang segitiga putih kat bawah ni.

Rabu, Januari 05, 2011

Kuliah subuh di Pondok!!


Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni!! Kali ni saya bawakan kuliah subuh di Pondok. Kuliah ni telah berlangsung pada bulan 12 tahun lepas. Baru sekarang saya sempat nak uplodkan. Terima kasih kepada sahabat yang sabar menunggu. InsyaAllah saya cuba uplod lagi ceramah yang lain pulak. Tekan butang donlod kat bawah ni untuk mendonlod.

Tekan butang segitiga putih ni pulak untuk mendengar terus dari blog saya ni.

Isnin, Januari 03, 2011

Ceramah kembali




Assalamualaikum! Sahabat semua. Mintak maaf banyak, lama tak update. InsyaAllah tahun 2011 ni saya lebih bersemangat nak uplod ceramah. Kalau ada cadangan atau apa-apa yang boleh menambah baik blog ini. Bagi tau saja. Tiada bayaran dikenakan. Tapi kalau nak bayar best gak. Bayar kat masjid tempat tuan-tuan... huhuhu.
Tanpa melengahkan masa lagi, saya donlodkan ceramah ustaz di Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya. Selamat mendengar. Butang segitiga tu ada masalah sikit. Saya tak dapat masuk linknya. Nanti bila dah ok, saya letak butang segitiga tu. Harap Sabar!!!






 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você