Ahad, November 21, 2010

Alhamdulillah ustaz sihat!!

Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian. Ini adalah gambar terbaru ustaz semasa wukuf. Gambar diperolehi dari saudara Khairul, jiran depan rumah mak saya. Terima kasih banyak untuk gambar ni. Mudah-mudahan mendapat haji mabrur. Amin.

Jumaat, November 05, 2010

Ustaz pergi haji

Assalamualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian! Pada 1hb November 2010 ustaz telah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Kita doakan ustaz sihat dan dapat menyempurnakan ibadat hajinya. Oleh itu kelas pengajian berehat lebih kurang sebulan.

Khamis, Oktober 21, 2010

Kursus Perubatan di Darussalam

Kepada sesiapa yang berminat boleh layari laman web Pusat Perubatan Darussalam. Kalau ikut pamplet yang di edarkan, tuan-tuan boleh juga hubungi Haji Adnan 012-6378962 atau Haji Taib 019-3575676. Untuk sebarang pertanyaan bolehla telefon Pusat Perubatan Darussalam.

Ahad, Oktober 10, 2010

Syiarus Sailikin di Surau An Naim

Assalammualaikum!! Sahabat dan kroni sekelian. Kali ni saya bawakan kepada tuan-tuan kuliah bulanan ustaz di Surau An Naim, Wangsa Maju. Kitab Syiarus Salikin. Kat sini kuliah bulanan ni. Kehadiran malam tu agak tidak menggalakan. Mungkin kurang promote. Surau ni kena belajar dengan Ustaz Zuhir. Dia memang hebat dalam mempromote surau. Guna SMS.

Malam itu saya ada membuat rakaman untuk tuan-tuan semua. Bolehlah tuan-tuan donlod macam biasa ya. Ingat lagi, kan. Tekan butang donlod kat bawah ni.

Juga boleh didengar secara terus menerus dari blog saya ni. Tekan butang segitiga kat bawah ni pulak. Selamat beramal dan selamat mendengar.




Selepas kuliah ini, kesihatan ustaz sering terganggu. Sama-samalah kita doakan agar ustaz cepat sembuh dan dapat meneruskan kerja dakwah ini. Amin.

Ahad, September 19, 2010

Kuliah Subuh di Pondok Batu 9, Cheras

Asssalamualaikum ! Sahabat dan kroni sekelian. Ini kuliah pertama selepas raya. Kuliah Subuh di Pondok, Batu 9, Cheras. Pagi ni ustaz baca hadis kat sini. Bab Kiamat. Nampaknya kehadiran kat Surau Pondok ni semakin ramai. Kalau boleh, lebih ramai, lebih bagus.

Akan tetapi, bagi sahabat yang jauh dah tak dapat hadir pagi tu. Jangan bimbang dan ragu. Saya ada menjalankan kerja-kerja merakam. Tuan boleh donlod macam biasa kat butang hijau.

Bagi yang biasa dengar terus melalui blog saya ni. Tekanla butang segitiga putih kat bawah ni. Tuan boleh dengar terus. Kalau ada masalah, tinggalkan pesanan kat chat box. Selamat mendengar.



Kepada sahabat yang mahu melihat gambar-gambar kuliah pagi tu, boleh melawat facebook Fanpage ni. Teka je logo facebook kat bawah ni.



Sabtu, September 04, 2010

Kuliah Dhuha Ramadhan di Masjid Al Falah, USJ


Assalammualaiku! Sahabat dan kroni sekelian. Pagi ni ustaz ada Kuliah Dhuha Ramadhan di Masjid Al Falah, USJ 9. Hebatnya masjid ni! Berjaya menarik ramai orang datang ke masjid walaupun hari Ahad pagi. Nampaknya pihak masjid telah bekerja keras menjayakan programnya.

Ustazpun kelihatan bersemangat walaupun pagi itu dia tidak berapa sihat. Melihat kehadiran yang ramai tu, ustaz menjadi lebih bersemangat dan telah menyampaikan kuliah hampir sejam setengah.

Bagi yang tak dapat hadir pagi tu, jangan risau. Tuan boleh donlod macam biasa. Tekan butang hijau kat bawah ni.

Kepada yang nak dengar terus dari blog ni. tekan butang putih segitiga kat bawah ni. Selamat mendengar!!


Untuk melihat lebih banyak gambar, boleh pergi ke Fan Page Jeng!Jeng!Jeng! dia Facebook. Tekan je logo facebook kat bawah ni.

Tazkirah di Sekamat


Assalammualaikum! Sahabat dan kroni! Malam ni ustaz ada Tazkirah ramadan di Surau Al Furqan, Sekamat. Kat sini ustaz ada kuliah bulanan. Kitab Hidayatus Salikin. Biasanya orang tak ramai kat sini. Bulan puasa ni, saya jangka mesti penuh punya surau ni. Memang tak disangka-sangka. Jumlah kedatangan ada sikit perbezaan, ataupun hampir tak ada perbezaan dengan bulan biasa. Hebat betul. Berjaya mengekalkan jumlah kehadiran.

Saya berpendapat, surau ini perlu buat promosi lebih sikit. Kalau ramai, tentu lebih meriah. Bagi sahabat yang tinggal di Kajang atau kawasan berhampiran surau ini, jemputlah datang beramai-ramai bila kuliah Kitab Hidayatus Salikin bermula balik lepas raya nanti.

Malam tu saya ada buat rakaman macam biasa. Sapa nak donlod, tekan butang kat bawah ni.

Bagi yang biasa dengar terus dari blog ini, ekan butang segitiga putih kat bawah ni.



Untuk melihat lebih banyak gambar semasa Tazkirah Ramadan di Sekamat, sila lawati Fan Page Jeng!Jeng!Jeng! di Facebook. Sila tekan logo Facebook kat bawah ni.

Ahad, Ogos 29, 2010

Permulaan puasa di Surau Mustaqqim, AU5

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Kali ni kita ke Surau Mustaqqim, AU5. Canggih surau ni. Lebih canggih lagi, Ustaz Zuhir menjadi imam kat surau ni. Yang tak canggihnya, parking punyalah payah. Paling payah. Ni beberapa hari sebelum berpuasa. Jadi ustaz membawa ceramah perihal puasa.

Rakaman ada dibuat pada hari tu. Kepada yang berminat nak donlod. Buat macam biasa je la. Tekan butang donlod. Kat bawah ni.

Bagi yang selesa dengar melalui blog saya ni, tekan butang segitiga putih kat bawah ni. Selamat mendengar dan Selamat Berpuasa.


Rabu, Ogos 25, 2010

Mengenali Jin & Pengaruh Sihir dalam kekeluargaan




Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Kali ni ustaz ceramah bab Jin. Bab jin ni ramai peminatnya. Yang ni kat Kuala Kubu. Untuk kakitangan kerajaan. Tajuknya 'Mengenali Jin dan Pengaruh Sihir Dalam Kekeluargaan'.

Saya sedang mengusahakan supaya ustaz dalam mengulang kuliah Jin bersiri. Kuliah seperti ini pernah dibuat lebih kurang 12 tahun yang lalu. Kali ni dalam bentuk VCD, yang dulu tu dalam bentuk kaset. Akan tetapi ceramah kali ada dibuat rakaman. Kalau nak donlod, buat macam biasa. Tekan butang kat bawah ni.

Sapa yang nak dengar terus dari sini, tekan butang segitiga putih kat bawah ni.

Ceramah Puasa di Surau An Naim, Wangsa Maju


Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Mintak maaf banyak , lam tak uplod ceramah. Sebelum ustaz pergi umrah, dia sempat bagi ceramah di Surau An Naim, Wangsa Maju. Selalunya kat sini kuliah Kitab Hidayatus Salikin. Kali ni ustaz bagi ceramah mengenai puasa.

Saya ada buat rakaman hari tu. Bolehlah donlod, jugak macam biasa.

Bagi yang nak dengar terus dari blog saya ni, buat macam biasa la ya. Tekan butang segi tiga kat bawah ni. Macam biasa lah ya.



Sabtu, Ogos 14, 2010

Mari berforum



Seminggu sebelum puasa hari tu, ustaz di jemput untuk berforum di Sungai Buloh bersama Ustaz Roslan Mohamad dan moderatornya pulak Ustaz Halim Din dari Pusat Zakat. Malam tu hampir-hampir ustaz cancel forum ni. Esoknya dia nak kena pergi Singapura pulak. Forum malam tu bukan main lama pulak tu.

AJK masjid silap mengatur masa. Segala hadiah yang nak diberi, sepatutnya di beri masa ustaz2 makan. Nanti senang, terus forum je. Ni buang masa banyak dengan ucapan lagi, bagi hadiah lagi. Lain kali AJK kena selesaikan semua tu dulu. Esok pagi-pagi ustaz nak pergi Singapura pulak. Malam tu balik sampai ruma pukul 1 jugak. Huhuhu.

Kali ni saya ada merakam forum. Sya jarang nak rakam forum ni, kena letak alat perakam kat speaker. Tapi malam tu speaker, betul2 kat belakang tempat saya jual VCD. Jadi saya rakam la.
Macam biasalah ya. Tekan je butang donlod untuk dengar.

Kepada mereka-mereka yang nak dengar terus dari blog saya ni, tekan butang segitiga kat bawah ni.

Ahad, Ogos 01, 2010

Beberapa hari sebelum ustaz pergi umrah

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Ini saya sediakan jadual sementara untuk beberapa hari ini. Jadual ni sehingga 7 Ogos je, kerana selepa itu ustaz akan ke Mekah. Bulan Ramadan nanti, awalnya ustaz di Mekah dan minggu akhir, ustaz di Singapura. Jadi sapa yang nak mengikuti kuliah dan ceramah dan forum dalam seminggu ni, sila ambil perhatian!!

LHDN, Pandan Indah


Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Kali ni kita pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pandan Indah. Kat sini ustaz buat ceramah Israq Mikraj. Hampir semua staff LHDN hadir dan mendapat manfaat dari ceramah ustaz.

Layan yang diberikan jugak, amat baik. Nampaknya program yang dianjurkan oleh pihak jabatan amat berjaya. Tahniah!

Sapa yang nak donlod ceramah pada hari tu, macam biasa. Tekan butang hijau kat atas ni. Yang nak dengar terus, jugak macam biasa. Tekan butang segitiga putih kat bawah ni.

Wadi Hadramawt




Assalamualaikum! Sahabat dan kroni. Malam ni tak ada aktiviti. Biasanya kalau tak ada aktiviti, memang kat sinilah aktivitinya. Sembang-sembang je.

KUIS



Assalamualaikum! Sahabat dan kroni, malam ni ustaz ke KUIS, jangan tanya saya apa maksud KUIS ni. Sayapun tak tau. Huhuhu... Rasanya Kolej Universiti Islam Selangor, kalau tak salah la. Kalau salah, kira sorry dah la. Hehe..


Malam ni ustaz bawa ceramah Israq Mikraj. Ramai juga pelajar-pelajar muda yang datang. Nampaknya masih ramai golongan muda yang minat dengan ceramah ustaz ni. Tahniah pelajar2 KUIS. Layanan yang kami terima kat sini, kira tip top la. Terima Kasih banyak.

Jangan bimbang, saya ada buat rakaman pada malam tu. Macam biasa, tuan2 boleh donlod dengan tekan butang hijau kat atas ni. Yang nak dengar terus, tekan butang segitiga putih kat bawah ni.




Bagi memenuhkan permintaan Tuan Haji Muazan, kita singgah minum kat kedai mamak pulak lepas tu.

Ke rumah En Halim

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni sekelian. Minggu lepas kami telah pergi ke rumah En Halim di Alam Damai, Cheras. Kat sini ustaz baca kitab Tanbihul Ghafilin. Kali ustaz meneruskan tentang hal Bab Kematian.


Lepas kuliah ustaz buat tahlil di atas permintaan tuan rumah. Rakaman kuliah dan tahlil ada saya buat pada petang itu. Sepatutnya malam itu ustaz ada ceramah di Masjid Alam Damai, tapi atas alasan2 tertentu, ceramah itu dibatalakan. Sekiranya tuan-tuan mahu ustaz berceramah di masjid-masjid Kuala Lumpur, tumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Harap itu dapat menjelaskan, mengapa ustaz tidak boleh berceramah di Kuala Lumpur.

Sesapa yang nak donlod ceramah bolehlah tekan butang hijau kat atas ni. Bagi yang biasa dengar terus dari blog saya, boleh tekan butang segitiga putih kat bawah ni pulak.


Malam tu ustaz ada banyak masa, jadi ustaz sempat mendoakan kanak-kanak yang datang. Ustaz memang pandai menyesuaikan keadaan. Kanak-kanak juga selesa dengan ustaz. Kalau tuan-tuan tengok gambar kat bawah ni, mesti tuan-tuan akan ingat 1 rancangan tv untuk kanak-kanak. Iaitu Pondok-pondok. Tahniah kepada En. Halim kerana menyediakan hidangan yang lazat malam tu. Terima Kasih banyak.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você