Khamis, Jun 04, 2009

Notis

Semalam dalam aku dok baca suratkhabar Metro, ternampaklah iklan ni. Aku baca banyak kali iklan ni. Rasa macam nak faham, tapi macam tak faham. Apa yang aku macam faham orang yang bernama En. Kamarudin Bin Abdul Rahman adalah pentadbir harta pusaka kepada Estet Saodah binti Dato' Muda Jalela. Dia pulak tengah mencari waris kepada Aminah Binti Abdullah yang telah meninggal dunia pada 13 Mei 1994. Alamat terakhir Aminah ni pulak kat Rumah sri Kenangan, Cheras, Kajang. Aminah ni pulak ada meninggalkan bahagian kepada pewarisnya daripada Estet Saodah binti Dato' muda Jalela ni. Mana - mana pewarisnya boleh pergi ke alamat kat notis tu. Itu yang aku macam nak faham.

Ni betul-betul macam cerita Mr Os dulu. Ala yang atuk dia kaya tapi dia pun tak tau tu. Tapi dalam hal ni kenapa waris Aminah tu letak dia kat Rumah Kenangan tu. Rumah nya dia ada harta peninggalan la. Aku dok rasa kalau waris dia tahu yang Aminah ni ada estet, mesti dia tak hantar Aminah ni kat rumah kenangan tu. Memang macam dalam filem la. Filem orang putih pun ada yang buat cerita macam ni.

Mana-mana orang yang menjadi pewaris kepad Aminah ni, pergilah ke alamat tersebut. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Aminah Binti Abdullah. Mudah-mudahan rohnya dirahmati Allah. Amin!

2 ulasan:

badangperkasa berkata...

Al Fatihah! Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yangberiman.. Amin!

ijoks2009 berkata...

Saya sangat setuju dengan ayat tu,hujan tidak,ribut tidak tau-tau runtuh,hahahasemua pihak dipersalahkan tapi kenapa kerajaan deris jusuh tak di siasat.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você