Selasa, Januari 19, 2010

Dari Rumah Hj Jalil ke Storm Reader



Hari ni hari Sabtu. Lepas kuliah subuh kat Surau Al Iman, Kemensah, kita ke rumah Tn Hj Jalil untuk kuliah bulanan Kitab Hidayatul Salikin. Kuliah Dhuha bulanan ni memang selalu buat hari Sabtu je. Saya ada membuat rakaman pada hari tu. Sesiapa yang nak ikut kuliah ni boleh dengar kat sini, ataupun tekan donlod macam biasa la ya.




Petang tu kita ke majlis perlancaran Storm Reader. Ni kira macam Multi Level Marketing untuk buku-buku Telaga Biru. Ustaz telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Secara peribadi, saya katakan ini adalah program yang bagus. Bisnes yang bagus, tapi saya terfikir sendiri, kalau Multi Level Marketing yang lain, produk hanya boleh dibeli daripada ahli saja. Tapi dalam hal ini, buku-buku ni boleh didapati di kedai-kedai. Malah ada kedai yang boleh bagi diskaun, sebab dia beli secara pukal. Jadi macamana orang yang jadi ahli nak bersaing dengan kedai. Kecuali buku-buku ini tidak terdapat di kedai. Hanya ahli sahaja yang boleh menjual buku2 ni, barulah ahli ada peluang untuk menjual kepada orang ramai. Sekirannya orang boleh beli dikedai, alamat ahli payah nak jual.
Apapun saya dah menjadi ahli. dan saya rasa, saya akan menjadi ahli yang tidur, kerana tak akan dapat bersaing dengan kedai. Mungkin ada cara untuk menjayakan program ini. Tahniah kepada Telaga Biru untuk projek yang baik ini. Cuma saya amat keliru dengan hak jualan yang disebut tadi.

3 ulasan:

wan fahmi berkata...

boleh tau macamana nk join bisnes yang agak menarik nie...sebab dapat flyer kat petronas pasal storm readers ni..tq

wan fahmi berkata...

storm readers

Termizi berkata...

Untuk join rangkaian stormreaders, sila ke laman web berikut: www.stormreaders.co

Di sini ada dinyatakan tentang panduan untuk join business ni.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você