Selasa, Januari 05, 2010

Maal Hijrah di Surau Darun Najihin

Kali ini istimewa sikit. Saya bawa ustaz ke surau yang jiran-jiran kenal sebagai surau bapa saya, Hj Kamarudin bin Palidin iaitu Surau Darun Najihin. Selepas 12 tahun ustaz kenal saya, inilah kali pertama saya bawa ustaz untuk berceramah di kampung halaman saya. Rasa sangat teruja, takut dan macam2 lagi. Takut kalau orang tak datang.


Kami sampai di situ pukul 7 malam, memang orang belum ramai yang datang. Kita solat Maghrib, kemudian pengerusi majlis memberi sikit kata2 aluan dan ceramahpun bermula. Orang semakin ramai yang datang. Ruang solat ini mampu menampung 200 orang jemaah, sudah penuh.


Alhamdulillah lega. Rupa2nya kat luar masih ramai yng tak dapat masuk. Ramai yang terpaksa mengintai-intai di tingkap. Wah! Memang ramai malam ini. Berani saya anggarkan, lebih dari 500 orang yang datang. Terima kasih banyak kepada orang yang datang dan terima kasih banyak kepada ustaz yang sudi datang ke Surau Darun Najihin. Harap-harap ini bukan kali terakhir ustaz ke surau ini. Terima Kasih Ustaz.

Bagi yang tak dapat datang dan orang yang berada di luar kawasan, jangan bimbang. Ceramah ustaz ini saya ada rakam. Apa yang tuan2 perlu lakukan, tekan butang donlod kat bawah ni. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dari usaha yang sedikit ini.



0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você