Selasa, Januari 19, 2010

Forum Maal Hijrah`di Seremban

Malam ni kita ke Seremban pulak. Ada forum. Bertolak dari KL pukul 7 malam. Singgah solat dan minum-minum di rumah Hj Muazan di Seremban. Lepas tu terus ke Surau Al Mustoffa (Surau Hitam), Ampangan. Lokasi forum bakal di adakan.
Sebelum tu makan dulu. Ahli panel forum ni terdiri dari Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Kamal Asshaari. Manakala moderatornya pulak Ustaz Hj Norazman Bin Hj Mohamad, Imam 1, Masjid Jamek Ampangan.

Ramai sungguh orang yang datang malam tu. Saya anggarkan ada lebihkurang 3000 orang. Ini adalah kerana lokasi surau yang terletak di tepi jalan besar.
Rakaman ada dibuat pada hari itu, tapi malangnya qualiti rakaman tidak memuaskan. Ini adalah kerana lokasi forum yang terbuka dan berhampiran jalanraya. Juga bunyi kipas yang menganggu. Apapun ia masih boleh didengar. Donlod dan dengar terus dari blog saya ni.


0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você