Sabtu, Februari 07, 2009

Kalaulah aku dilahirkan menjadi Sultan..wow!!

Aiseymen..taik ayam atas simen...hehehe... sekarang punya isu...Lompat Parti.. wah ini isu boleh bikin orang jadi gila. Gila babi gua cakap lu, babi gila pun tak macam ni la. Dasat. Aku kesian betul kat MB Perak Dato' Nizar. Apa tidaknya, kena tipu hidup2 dengan Adun Bota.. apa nama dia entah. Hebat mamat tu. Pandai belakon. Respect aku. Kemudian kena tipu lagi. 3 orang mangkuk tandas tu pun tipu dia. Semua lompat parti. Paling rendah nyonya dari DAP tu la. Sila refer gambar..heheh.

Akhirnya MB baru pun dilantik. Nampak gayanya industri Nasi Kandar akan berkembang pesat di Perak. Baguslah tu. Sekarang ni orang macam marah je kat Sultan sebab lantik Mamak Bendahara yang baru tu. Ish... tak baik ooo..marah sultan.

Aku pun mula berangan, kalaulah aku dilahirkan menjadi sultan.... kan best. Korang fikir tengok.. best nya menjadi sultan ni. Gaji orang bagi, istana orang bagi, kereta orang bagi, pergi mana-mana orang bawak, belajar luar negara orang bagi, bukan tu saja, masa khutbah Jumaat orang doakan kita lagi tu, harijadi kita pun orang cuti, best betul..la. Lepas tu orang takut pulak dengan kita. Pendek kata dari lahir sampai mati semua orang jaga. Best kan? Makan sedap-sedap pulak tu. Pergh! Hebatlah.. baiknya rakyat ni.

Tapi aku terfikir juga tentang tanggung jawab, besar tu. Takut juga dengan tanggungjawab tu. Kalau setakat tanggung je tak pa, nak jawab tu yang aku tak nak. Aku fikir balik, tak naklah jadi sultan ni. Esok kalau mati kain kapan tu putih jugak, belum pernah lagi aku jumpa ada raja yang dikafankan dengan kain songket. Masa dikebumikan nanti orang awam jugak yang pijak-pijak kubur tu. Ya la, sama je kita ni kan, mati esok kain kapan sama, putih. Kalau faham lah!!!

1 ulasan:

my little family / kaftanbatik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você