Satu dunia dah tengok gambar-gambar ni. Dasat lagi mendasatkan. Perebutan kuasa ini amat menakutkan. Kalau seorang speaker dewan undangan negeri boleh diperlakukan macam tu, kita ni sapa. Apa saja boleh berlaku kepada kita. Kepada Allah kita berserah. Sepenuhnya. Ya sepenuhnya. Aku tak tahu lagi sapa sebenarnya yang berkuasa dan siapa pulak yang benar-benar menjadi gila kerana kuasa.
Kuasa ini benar-benar menggilakan. Sehari sebelum kejadian tu, polis tangkap orang kerana baju hitam. Aku tak tahu samada nak gelak atau hidup dalam ketakutan. Aku rasa nak gelak sebab, gila apa ya. Takkan pakai baju hitam pun salah. Dulu baju kuning. Salah juga. Tu yang aku nak gelak tu. Orang kat Thailand tu buat bantahan pakai baju kuning, lepas tu baju merah pulak. Selamba je polis dia. Bersabar betul polis dia. Mungkin Polis Thailand berpegang dengan ayat "Sabar itu separuh daripada iman". Mungkin polis kat Thailand tu muslim semuanya. Kat sini, pakai baju hitam kena tangkap. Macamana nak fikir tu? Apa yang menakutkan aku pulak, aku ni banyak koleksi baju hitam. Wah takutnya aku. Benar-benar aku takut.
Berbalik pada kes gila kuasa dan kuasa yang menggilakan, orang yang mendapat kuasa selalunya akan jadi gila. Gila untuk terus berkuasa. Lebih-lebih lagi kalau dapat kuasa dengan mengejut. Kuasa yang sebenarnya untuk dia tapi telah diberikan kuasa. Orang-orang yang sepatutnya berkuasa benar-benar teraniaya. Kepada siap kita mahu mengadu dimuka bumi Allah ini. Kuasa yang mengejutkan ini sudah menjadikan orang gila kuasa itu tuhan di mata orang-orangnya.
Aku selaku rakyat yang marah tidak dapat berbuat apa, kalau kita engkar dengan perintah tuhan, maka berdosalah kita. Begitu juga keadaan nya sekarang. Dengan hanya bercadang nak pakai baju hitam, kita akan ditangkap. Ada orang ingin menjadi tuhan.
Adakah apa yang berlaku ini, menurut ajaran Islam? Ni kena tanya ustaz ni. Aku selaku anak Perak berasa amat malu. Perkara macam ni boleh berlaku di negeri Perak. Gua malu beb!! Adakah patut menyeret orang sampai macam tu? Gila apa. Seret speaker dewan pulak tu. Macam kerbau dibuat orang tu. Aku rasa polis patut tangkap peragut-peragut yang tengah mengganas ni, bukan tangkap orang pakai baju hitam. Kesian ooo... dalam seminggu ni 2 kematian bersangkut paut dengan kes ragut. Selesaikan yang tu dulu, darpada seret speaker dewan undangan negeri.
Mohd. Syawal Nabil, 8, menyiram air mawar di pusara ibunya, Saripah Mohd. Noor yang terbunuh selepas diragut, disaksikan kakaknya, Nor Idayu, 12, dua orang adiknya Siti Najwa, 2 dan Nurul Akmal Alisa 6, di tanah perkuburan Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan.

0 ulasan:
Catat Ulasan