Malam ni ustaz rehat. Akupun rehat juga lah. Dapat SMS dari Surau Kemensah, kata malam ni ada kuliah Ustaz Kazim. Akupun pergilah. Sempat jugalah merakam ceramah ustaz Kazim ni. Sapa yang tak bekesempatan nak pergi surau malam tu, bolehlah donlod dan dengar kat bawah ni. Ada 2 kuliah dibuat sekali oleh ustaz Kazim. Ceramah mengambil masa 2 jam. Selamat Mendengar!
Isnin, November 23, 2009
Kuliah Ustaz Kazim
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
10 tanda menyintai Allah
Kali ni best sikit. 1 tajuk di 2 tempat berlainan. Tajuknya : 10 tanda seseorang itu menyintai Allah. Kuliah subuh di pondok batu 10, Cheras. Tajuk ni memang best. Aku ada membuat rakaman untuk ceramah ni. Sapa yang nak dengar bolehlah donlod kat bawah ni.
Lepas tu dalam pukul 10.30 pagi kita pergi rumah En. Halim pulak. Rumah dia ni kira kuliah bulanan. Biasanya ustaz guna kitab Tanbihul Ghafillin, tapi di atas permintaan tuan rumah, tajuk yang sama dekat pondok pagi tadi digunakan. Tajuk yang sama tapi cara penyampaian agak berlainan, sesuai dengan situasi.
Aku ada jugak membuat rakaman di rumah En. Halim tu. Jadi sapa-sapa yang nak dengar ceramah kat En. Halim tu, bolehlah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Jauhar Marhub di Surau Addiniyah

Sampai je di Surau Addiniyah ni, ustaz baru je nak mula. Jadi rakaman ada lewat dalam 1-2 minit. Kira boleh lah, kan? Malam tu ustaz guna kitab Jauhar Marhub. Ni kira surau ke 2 selepas surau Al Iman, Kemensah juga guna kitab yang sama. Tapi di surau ni baru nak mula. Jadi sapa-sapa yang minat nak ikut kuliah Kitab Jauhar Marhub ni bolehlah ke Surau Addiniyah ni. Kuliah ni boleh didonlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!
Malam tu ada jemaah bertanya tentang Wahabi dan apa pandangan ustaz tentang Wahabi ni. Bolehlah dengar jawapannya setelah anda mendonlodnya.


Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Suatu malam di Darussalam
Malam ni di Darussalam pulak. Kali ni ustaz bagi amalan-amalan untuk ahli Darussalam. Macam-macam amalan yang ustaz bagi malam tu. Ada juga nasihat-nasihat yang ustaz bagi. Dengan keizinan dari ustaz, rakaman malam tersebut boleh didengar dan didonlod kat bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Kitab Syiarus Salikin di Surau Insaniah, Ampang
Hari ni 18 November 2009, ustaz ada kuliah Kitab Syiarus Salikin di Surau Insaniah, Ampang. Kuliah maghrib ni juga kuliah bulanan. Hebatnya surau ni adalah jemaahnya. Setiap kali mesti ustaz suruh dia orang datang ke depan. Jemaah surau ni cukup minat bersandar kat belakang. Kalau korang tengok gambar mesti korang faham.
Menurut ustaz dia kurang bersemangat kalau orang duduk jauh ni. Dia rasa macam cakap sorang-sorang. Jadi di sini saya berharap sangatlah, kepada sapa-sapa yang pergi mendengar kuliah, duduklah rapat dan penuhkanlah saf depan. Tak kira ustaz mana pun.
Walaumacamana sekalipun, rakaman ada dibuat. Bolehlah dengar dengan menekan butang donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Surau Al Islah, Seksyen 7, Shah Alam
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Menyampahkan bila dengar Salam 1 Malaysia. Rasa nak muntah aku dengar berita kat RTM. Eh! Apa cerita 1 Malaysia pulak ni. Ok la. Kali ni kita pergi Surau Al Islah, Seksyen 7, Shah Alam. Ni kira kuliah bulanan ni.Ceramah kali ni memang menarik. Termenarik untuk minggu ini. Kepada sesapa yang tak berkesempatan untuk ke surau itu, jangan bimbang. Saya ada membuat rakaman. Donlod dan dengarlah. Mudah-mudahan mendapat manfaat. Selamat Mendengar dan Selamat Beramal.
Lepas ceramah kita pergi kenduri. Ada orang buat majlis tahlil.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, November 22, 2009
Forum Perdana


Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, November 18, 2009
Kuliah Berkitab - Hiadayatus Salikin rumah Hj Jalil
Lepas subuh di Surau Al Iman, Kemensah, kita ke rumah Tuan Hj Jalil di Kelana Jaya. Kali ni ustaz guna kitab Hidayatus Salikin. Ni kuliah bulanan. Bab solat hari tu. Ada juga menyentuh tentang fatwa merokok.
Sapa-sapa yang nak dengar, bolehlah klik donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Kuliah berkitab - Jauhar Marhub, Surau Al Iman, Kemensah

Lepas kuliah subuh tu, kita kerumah Hj. Zul Daim, dia buat kenduri nak ke Mekah. Selamat pergi selamat kembali
Rakaman ada dibuat pagi tu. Sesapa yang nak dengar, bolehlah donlod kat bawah ni. Selamat Mendengar!!


Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, November 16, 2009
Masjid Bulat, Petaling Jaya
Malam ni kat Masjid Bulat yang sangat terkenal di Petaling Jaya tu. Rasanya orang-orang PJ mesti tahu masjid ni kat mana. Ceramah malam ni membincangkan dengan lebih terperinci tajuk 11 Tanda Orang Yang Berbahagia. Lepas tu ada makan-makan sikit bersama AJK masjid. Terima Kasih banyak.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ustaz Abdullah Loutfi & Ustaz Ahmad Yahya
Ini adalah kuliah Ustaz Abdullah Loutfi dan Ustaz Ahmad Yahya di Surau Al Iman, Kemensah. Sapa-sapa nak dengar, bolehlah klik donlod kat bawah ni ya.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, November 15, 2009
Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan

Tak lama lepas tu ustaz sampai, memang betul dia singgah rumah dia. Dia mandi dulu baru pergi masjid. Malam tu ceramah umum.

Apapun malam tu ada aku ada buat rakaman, sapa-sapa nak dengar, kliklah donlod kat bawah ni. Cuma bunyinya agak bising sikit. Ini adalah kerana masjid ni ada banyak kipas besar yang macam kilang tu. Kipas ni memang menghasilkan bunyi bising yang berdengung.

Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 3 ulasan
Rabu, November 11, 2009
Kuliah Ustaz Rusdi
Kuliah ini sepatutnya disampaikan oleh ustaz, tapi akibat keletihan, Ustaz tak dapat hadir. Pihak masjid sudah diberitahu petang sebelumnya. Oleh itu pihak masjid menjemput Ustaz Rusdi menggantikan tempat ustaz. Pagi itu Ustaz Rusdi memberi sedikit huraian berkenaan kitab yang bakal digunakan di masjid itu.
Aku ada buat rakaman. Sapa nak dengar, donlod dulu kat bawah ni. Selamat Mendengar!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
11 Tanda Orang berbahagia
Assalamualaiku dan salam 1 Malaysia..hehehe. Kali ni kita pergi kuliah subuh pulak. Kuliah pagi ni bertempat di Pondok Batu 10, Cheras/Ulu Langat. Pagi ni ustaz bawak tajuk 11 Tanda Orang Berbahagia. Rakaman ada aku buat pagi tu. Sesapa yang ingin dengar kuliah pagi tu, bolehlah klik kat donlod bawah ni. Lepas tu bolehlah dengar kuliah ni. Selamat mendengar!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, November 10, 2009
Kuliah di Sekamat
Hari ni kuliah di Sekamat. Turun saja dari airport, ustaz terus ke Sekamat ni. Kuliah kat situ. Banyak isu baru yang ustaz sampaikan. Ada juga kisah terbaru di Mekah, seperti yang sahabat ceritakan pada hari sebelumnya. Masa kat kursus haji hari tu. Lepas tu kita pergi rumah seorang sahabat ustaz. Ustaz buat tahnik kat rumah sahabat tu.
Aku ada buat rakaman, sapa nak dengar donlod dulu file mp3nya. Klik je donlod kat bawah ni. Selamat mendengar!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan