Malam ahad lepas program besar-besar dianjurkan oleh Masjid amaniyah. Saya ulang, besar-besaran. Program ini saya anggap sangat berjaya. Khabarnya bulan April ni pun ada progam yang besar. Kalau tak salah Ustaz akan berforum dgn Tuan Ibrahim Tuan Man. InsyaAllah.
Pasti lebih baik program tersebut. Nampaknya AJK masjid kena kerja lebih keras lagi. Program baru ni masih ada ruang kosong, untuk program akan datang kasi penuh itu masjid. Baru hebat.
Program yang baru lepas ni pun hebat jugak. Ustaz sambung tajuk Alfatiha, kali ni Bismillah. Macam selalu, saya ada buat rakaman malam tu. Malangnya... jeng!jeng!jeng!... saya terhala kebelakang alat perakam saya. Harap Maaf! Jadi, tanpa membuang masa lagi, tuan-tuan donlod je la kat butang hijau bawah ni.Ataupun, tuan-tuan boleh dengar terus dari blog saya ni. Butangnya jugak berwarna hijau kat bawah ni jugak. Saya ulang bawah ni.
Ahad, Mac 28, 2010
Antara Amaniyah dan Addiniyah
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Khamis, Mac 25, 2010
Masjid Jumhuriyah, Kg Medan, PJ
Kali ni kita ke Masjid Jumhuriyah, Kg Medan, PJ. Kami tak tahu langsung lokasi masjid ni. Yang kami tahu, nama masjid dan ia terletak di kg Medan, PJ. Saya terus ke sana. Sampai je kat situ saya tercari-cari masjid ni. Akhirnya saya ikut orang yang pakai ketayap. Dengan harapan orang tu menghala ke masjid. Tepat sekali, memang orang tu pergi masjid ni. Pergh!! Lega. Tapi Hj. Muazan lagi cekap, dia sampai dulu ikut jalan besar. Rupanya masjid ni tepi jalan je. Hehehe.
Malam tu, punyalah ramai orang. Ini menunjukkan AJK masjid bekerja keras bagi menjayakan program ini. Saya tanya kepada sorang AJK masjid, dia kata mereka buat promosi besar-besaran. Siap dengan banner. Tampal kat pokok. Tampal kat surau2. Dan buat pengumuman dari rumah ke rumah. Wah! Betul-betul kerja keras ni. Patutlah ramai yang datang. Tahniah kepada AJK masjid yang bekerja keras.
Melihat kepada kehadiran yang menggalakan ini, ustaz pun bersemangat pada malam tu. Kepada sahabat dan orang jauh, janganlah tuan-tuan bimbang dan gusar. Rakaman saya ada buat. Tuan donlod je la, ya!Untuk mendengar terus dari blog saya ni, tekan je butang hijau kat bawah ni. Ingat ya, butang hijau.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Surau Insaniyah - Syiarus Salikin
Kali ni kita pergi ke Surau Insaniyah di Ampang Jaya. Kepada tuan-tuan yang tinggal di Ampang, marilah meriahkan surau ni. Kat sini ustaz baca kitab Syiarus Salikin. Dah jauh dah. Malam tu kebetulan agak ramai jugak yang datang, tapi masih banyak ruang kosong. Jadi, jom datang ramai-ramai.
Biasalah ya, saya ada membuat kerja-kerja rakaman untuk sahabat-sahabat yang tak dapat datang dan orang jauh. Tekan je la butanag kat bawah ni. Ha.. bawah ni la.. yang ada tulis download tu. Tekan tau!Untuk mendengar secara online tekan butang kat bawah ni.
Lepas tu kami pergi makan-makan di Restoran Arab, Wadi Hadramawt, Jalan Ampang. Terbaiklah restoran ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, Mac 23, 2010
Syiarus Salikin - An Naim
Malam ni ke Surau An Naim. Kuliah berkitab Syiarus Salikin. Ilmu2 yang patut diketahui yang hukumnya fardhu ain. Membincangkan, wajibnya mempelajari fardhu ain. Naih ramai lebih baik. Jadi marilah kita beramai-ramai ke surau ni. Macam biasalah, kan. Saya ada buat rakaman. Dapatlah kawan2 yang jauh mendengar ceramah malam tu. Apa yang perlu tuan-tuan buat, donlod je. Ataupun dengar terus kat sini. Selamat mendengar!!
Untuk mendengar tekan je butang bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, Mac 21, 2010
Maulidur Rasul
Kali ni saya kumpulkan semua ceramah ustaz tentang Maulidur Rasul yang saya pergi. Pertama kali di Masjid Nurul Ihsan Cheras. Masjid kecil dan comel. Kelabihannya, kanak terlalu bising bermain dan berlari dalam masjid. Ni kira ceramah Maulidur Rasul yang pertama ni
Malam tu majlis yang sama kat Masjid Al-Amaniah. Yang tu saya tak rakam. Kemudian kami ke Kundang. Juga majlis yang sama. Tengah syok ustaz ceramah, tiba2 "blackout". Mengambil sempena kejadian itu, saya abadikan gambar malam tu dalam versi hitam putih. Ramai orang datang malam tu.
Macam biasalah, kan. Tuan2 donlod je la. Jangan ragu2 lagi.Dalam perjalanan nak ke Kundang, ustaz bagi sikit tips untuk akitek2 membina rumah mengikut ajaran Islam. Juga ada dibuat rakamannya. Tapi ada masuk bab sembang2 sekali lah. Maklumlah dalam kereta. Bagus untuk para arkitek di Malaysia. Hehehe. Kat bawah ni. Donlod saja lah ya. Untuk mendengar terus, tekan je kat bawah ni.
Untuk mendengar ceramah kat Kundang, tekan je butang hijau bawah ni. Mudah-mudahan dapat manfaat. Tekanlah sekarang. Hehehe!
Akhir sekali kita ke Surau Nurul Muttaqin di Taman Melati, KL. Juga maulidur rasul. Power surau ni. Ramai yang datang. AJK dia pun bagus. Semua teratur program dia. Tahniah kepada Surau Nurul Mutaqqin.Sapa-sapa yang berhajat nak dengar terus, maka terus je tekan butang hijau kat bawah ni. Ini bagi memudahkan tuan-tuan mendengar. Harap tuan-tuan berpuas hati. Selamat Mendengar dan mendapat ilmu yang berguna.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, Mac 17, 2010
Ceramah di Banting
Malam ni kita ke Banting. Jauh ni. Tapi sambutan menggalakkan. Ramai orang datang. Ni kira ceramah ganti, sepatutnya ustaz ke Banting ni lebih awal, tapi dia kena masuk hospital.
Kat sini ustaz bawak tajuk umum je. Macam biasalah ya. Tuan donlod je la.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, Mac 16, 2010
Hidayatus Salikin di Rumah Hj Jalil
Assalammualaikum sahabat semua. Mula-mula sekali saya mintak maaf banyak-banyak sebab lama tak update. Kebelakangan ini saya agak sibuk sikit. Akan tetapi saya masih sempat ikut ustaz pergi ceramah dan kuliah.
Kali ni saya ingin kongsikan kuliah di rumah Tn Haji Jalil di Kelana Jaya. Kat sini ustaz bawa kitab Hiadayatus Salikin. Ini bulan Februari punya. Harap sahabat dapat donlod dan dengar untuk ilmu yang bermanfaat ini.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan