Ahad, Mac 28, 2010

Antara Amaniyah dan Addiniyah





Malam ahad lepas program besar-besar dianjurkan oleh Masjid amaniyah. Saya ulang, besar-besaran. Program ini saya anggap sangat berjaya. Khabarnya bulan April ni pun ada progam yang besar. Kalau tak salah Ustaz akan berforum dgn Tuan Ibrahim Tuan Man. InsyaAllah.

Pasti lebih baik program tersebut. Nampaknya AJK masjid kena kerja lebih keras lagi. Program baru ni masih ada ruang kosong, untuk program akan datang kasi penuh itu masjid. Baru hebat.

Program yang baru lepas ni pun hebat jugak. Ustaz sambung tajuk Alfatiha, kali ni Bismillah. Macam selalu, saya ada buat rakaman malam tu. Malangnya... jeng!jeng!jeng!... saya terhala kebelakang alat perakam saya. Harap Maaf! Jadi, tanpa membuang masa lagi, tuan-tuan donlod je la kat butang hijau bawah ni.

Ataupun, tuan-tuan boleh dengar terus dari blog saya ni. Butangnya jugak berwarna hijau kat bawah ni jugak. Saya ulang bawah ni.





Rabu tu kita ke Surau Addiniyah kat Selayang jugak. Kat sini orang tak berapa ramai. Mungkin tak sempat balik dari tempat kerja agaknya. Ataupun jadual ustaz ditukar mengejut.

Kalau lebih ramai, lebih bagus ni. Baru bersemangat ustaz nak bagi ceramah. Kat sini ustaz bukak kitab Jauhar Mauhub. Sapa-sapa yang baca blog ni dan tinggal berdekatan, meh la kita penuhkan surau ni bulan depan. Kasi meriah surau ni pulak. Jangan lupa beli kitab. RM5 je.

Tapi bagi orang jauh dan tak dapat datang, boleh donlod kat bawah ni. Macam kat atas jugak. Butang warna hijau. Hijau ya!

Dan bagi yang nak dengar terus dari sini, butang kat bawah ni la ya. Juga berwarna hijau. Hijau.

1 ulasan:

ijoks2009 berkata...

Salam perjuangan,sy juga meminati Ustaz Ismail Kamus.Tumpang tanya ,mcmmana nk buat butang hijau tu.?

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você