Assalamualaikum! Syukur alhamdulliah, barang yang hilang telah dijumpai kembali. Tak sampai 12 jam hilang. Kena curi di Masjid Al Riduan, Ulu Kelang jumpa di Pagar Masjid As Sobirin. Pagi semalam ustaz telefon, kata beg kami orang dah jumpa. Di tinggalkan di pagar MAsjid Sobirin. Ustaz kehilangan paspot antrabangsanya dan sejumlah besar duit. Pencuri tu tinggalkan ustaz sebanyak RM200. Dia ambik banyak ribu jugak. Barang ustaz yang lain semua ada, termasuk kad-kad bank, lesen, My kad dan sebagainya.
Jumaat, April 30, 2010
Barang yang hilang jumpa kembali
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Khamis, April 29, 2010
Telah berlaku kecurian
Assalamualaikum sahabat-sahabat dan peminat ustaz sekelian, malam ini saya tidak dapat mendonlod ceramah. Hari ini telah berlaku kecurian. Kejadian hari ini agak berat juga.
Macam biasa saya akan menunggu ustaz dimana-mana lokasi yang mudah. Kali ini saya tunggu ustaz di Masjid Al Ridhuan, Ulu Kelang. Ustaz sampai agak lewat dan elok-elok ustaz sampai azan maghrib pun berkumandang. Ustaz kata kita solat dulu sebelum ke Damansara Damai untuk forum. Saya letak kereta sebelah kereta Hj Muazan yang bawa ustaz malam tu. Selepas punggah barang ke kereta Hj Muazan, kami solat Maghrib.
Selesai solat Maghrib, Hj Muazan sedar kereta dia dah kena pecah. Cermin belakang kanan sudah dipecah orang. Alamak! Saya check kereta saya. Kereta saya ok. Selamat. Tapi beg hitam ustaz yang biasa dia bawa hilang, begitu juga beg saya yang dalamnya ada kamera, perakam suara dan handphone juga turut hilang. Kunci kereta saya yang ada kat dalam beg pun hilang.
Beg hitam ustaz tu nampaknya lebih bernilai. Ustaz telah kehilangan Pasport Antarabangsa, Lesen Memandu, Kad Pengenalan, Kad Atam, Buku Bank, Kad Pencen wakil rakyat, buku cek, cek, ubat-ubat dan doa-doa dan nota-nota dia. Ustaz juga kehilangan sejumlah besar wang yang ada dalam beg itu. Jumlahnya agak banyak juga.
Selepas mendapat maklumat tentang kejadian ini, pihak masjid Muhtadin telah menunaikan solat hajat sementara menunggu kami yang lewat.
Lepas forum, kami terus ke Balai polis Taman Melawati untuk buat report.
Saya mintak maaf banyak kepada sahabat dan peminat ustaz. Buat masa ini saya tak dapat nak mendonlod ceramah, sebab semua gajet saya hilang. Saya terpaksa mula dari kosong balik. Paling penting perakam suara juga turut hilang. Nak beli lagi entah bila pulak, tu perakam suara yang agak berkualiti dan mahal sikit. Sahabat-sahabat doakan lah saya murah rezeki, dapat saya beli perakam yang baru dan kamera yang baru. Dapatlah kita terus mendonlod ceramah.
Sekali lagi saya mintak maaf di atas kesulitan ini.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 5 ulasan
Selasa, April 27, 2010
Tafsir Al Fatihah -Siri 3
Malam ni Masjid Amaniyah, Selayang menyambung kuliah tafsir Al Fatihah siri yang ke 3. Bulan lepas saya ada jugak buat rakaman kat sini, tapi tak clear. Kali ni InsyaAllah clear punya. Cakap tak guna tak cakap orang tanya.
Malam tu pihak masjid ada edarkan zikir yang ustaz ajar dalam siri yang lepas. Semua orang dapat. Saya pun dapat jugak. Lupa pulak nak scan. Boleh letak kat sini. Tak pa akan datang saya taruk. Sabaq na!
Kerja-kerja merakam ada saya buat malam tu. Macam biasalah ya tekan je la butang donlod kat bawah ni. Tu untuk mendonlod dan dengarlah.
Ataupun boleh dengar terus kat blog saya ni. Tekan butang hijau kat bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, April 26, 2010
Ayat Kursyi di Pondok batu 9, Cheras
Assalammualaikum sahabat-sahabat, kroni-kroni dan peminat-peminat ustaz. Kali kita pergi kuliah subuh di pondok batu 9, cheras. Nama penuh pondok ni saya tak ingat. Mintak maaf banyak. Ustaz bawak tajuk Ayat Kursyi pagi tu. masa dalam kereta ustaz cadang nak bawak tajuk lain. Tapi sampai kat situ, ustaz tukar tajuk Ayat Kursyi.
Kedatangan pagi tu boleh dikatakan agak ramai, lebih ramai dari bulan sebelumnya. Menarik tajuk ni. Bagi sesapa yang nak dengar, bolehlah donlod. Sapa - sapa yang minat nak dengar terus dari blog saya ni, macam biasalah ya. Butang hijau.Butang hijau kat bawah ni la.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Ahad, April 25, 2010
Dhuha di Taman Melawati
Kali ni kira kuliah Dhuha ni. Ni buat kat rumah sahabat ustaz di Taman Melawati. Kuliah ni baru mula. Tuan rumah jemput sahabat dan jiran terdekat. Kalau selalu buat, mesti penuh punya rumah ni. Tahniah kepada tuan rumah yang membenarkan rumahnya menjadi medan kuliah.
Apapun saya ada buat rakaman pagi tu. Donlod dan dengarkanlah bersama. Selamat Mendengar!Untuk mendengar terus dari blog ini, tekan butang hijau dibawah.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Surau Insaniah - Syiarus Salikin
Malam ni kat Surau Insaniah, Ampang Jaya. Kitab Syarus Salikin dah masuk bab Fadilat Membaca Al Quran. Ni kira dah tengah-tengah jugak ni. Ramai jugak yang datang malam tu, cuma orang tak berani nak duduk depan. Kenapa entah.
Malam tu saya ada buat rakaman jugak.Sapa yang nak dengar terus dari sini tekan je butang kat bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Masjid Al Ridhuan, Ulu Kelang
Sepatutnya malam ni ceramah di Masjid Al Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan Ampang. Tapi ada perubahan jadual, jadi kita ke Masjid Al Ridhuan, Ulu Kelang. Ni kira pertama kali masjid ni jemput ustaz. Ustaz Zuhir selaku orang kuat masjid ni telah menjemput ustaz. Tajuk malam tu lebih kurang macam ni. "Siapakah yang patut mengimarahkan masjid". Macam tu la lebih kurang. Selain daripada Masjid Amaniyah, masjid ni juga punya kehadiran yang tinggi.
Jemaah punyalah ramai malam tu. Maklumlah pertama kali ustaz datang. Satu lagi masjid buat banyak banner yang dipasang dengan banyak sekitar Ulu Kelang dan Melawati. Dibantu dengan SMS jemputan yang dihantar oleh ustaz Zuhir. SMS dihantar kepada jemaah yang mendaftar nama dengan pihak masjid. Besar belanja tu. Tapi tu salah satu cara nak bagitahu orang. Tahniah Ustaz Zuhir, cara tu memang berkesan. Sayapun dapat SMS tu.
Tahniah juga kepada pihak masjid kerana ustaz sudah bersetuju untuk memulakan kuliah berkitab di masjid ini. Cuma sehingga hari ini, kitab apa yang ustaz akan bawa kat masjid ini belum diketahui. Saya ulangi kitab yang akan digunakan dimasjid ini belum diketahui lagi.
Lagi sekali, saya lupa bawak kamera, tapi masih bawak perakam suara. Jadi bolehlah tuan-tuan dengar dan donlod.Sapa yang nak dengar terus, bolehlah tekan butang kat bawa ni. Bawah ni. Saya ulang, bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Syiarus Salikin - An Naim
Asalammualaikum! Kali ni kit ke Wangsa Maju. Kuliah Kitab Syiarus Salikin. Tempat lain yan buka kitab ni kat Surau Insaniah, Ampang Jaya. Kat sini kira masih peringkat awal jugak lah. Hari tu saya lupa bawa kamera pulak. Sibuk-sibuk nak keluar cepat tertingal kamera. Tapi alat perakam ada bawak. Jadi masih boleh dngar dan donlod ceramah la. Prosesnya macam biasa.Untuk dengar terus, tekan butang bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, April 19, 2010
Al Fatihah - Ayah Hj Muazan meninggal dunia.
Pagi ini lebih kurang pukul 1 pagi, ayah Hj Muazan telah meninggal dunia akibat pendarahan dalam perut. Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum zohor. Ustaz membacakan talkin pada hari itu. Kepada pembaca dan pengikut blog saya ni, marilah kita sedekahkan Al fatihah kepada ayahnya Hj Muazan. Al fatihah!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Selasa, April 13, 2010
Jauhar Mauhub di Kemensah
Ini kuliah subuh di Surau Al Iman, Kemensah. Kuliah bulanan ni, guna kitab Jauhar Mauhub. masih lagi Bab Kelebihan La Ila Ha Illah. Kuliah kat sini selalunya Sabtu pertama tiap-tiap bulan. Jadi kalau tuan-tuan nak ikut kuliah ni, ingat lah! Sabtu pertama setiap bulan. Kuliah subuh.
Walabagaimanapun, bagi orang jauh dan kroni-kroni yang tak dapat datang bolehlah donlod kat bawah ni.Bagi yang tak mau donlod, nak dengar terus, juga boleh. Tekan butang hijau kat bawah ni.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
VCD Ustaz
Kami sudah mengeluarkan VCD ustaz. Buat masa ini kami jual semasa kuliah, ceramah atau forum ustaz. Kami tidak jual VCD ini di kedai. Walau bagaimanapun keluaran pertama kami ada dijual di kedai. Ini adalah kerana menghargai sahabat yang membantu kami mencetak VCD ini. Segala kerja rakaman dan kerja grafik kami lakukan sendiri.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, April 12, 2010
Sungai Serdang, Kapar
Malam ni kami ke Sungai Serdang, Kapar. Kapar ni kira kampung halaman sayalah ni. Dulu saya sekolah di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar. Kunjungan ke Sungai Serdang ni memang buat saya sangat teruja. Harap-harap dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah tak jumpa lebih 20 tahun tu.
Pekan Kapar memang dah berubah banyak. Teringat cerita kawan lama, ada sebuah klinik kat Kapar ni, nama apa entah. Klinik tu kawan saya yang punya, dia dulu biologi pun fail. SPM pun terok. Tapi bapak dia nak sangat dia jadi doktor, dia hantar kawan saya ni ke India utuk belajar perubatan. Akhirnya budak india ni jadilah doktor. Kawan saya kata jangan pergi klinik dia, dia dulu biologi pun kantoi. Hahaha.
Malam tu hujan sepanjang jalan. Sampai di Sungai Serdangpun masih hujan. Jadi kalau rakaman ni bising sikit tu, masa tengah hujanlah tu. Sapa-sapa yang nak dengar ceramah malam tu, donlod je la. Yang nak dengar terus dari sini, tekan je butang hijau tu. Selamat Mendengar!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Ahad, April 04, 2010
Kuala Kubu - Matlaul Badrain Pengenalan
Pagi ni kami ke Kuala Kubu. Kat sini ustaz nak mula Kitab Mat'laul Bad'rain, harap-harap betul la ejaan tu. Tapi pagi ni baru pengenalan. Pagi tu kira ceramah umum la. Ni kat rumah orang ni.
Macam biasalah saya ada merakam pagi tu. Bolehlah tuan-tuan donolod. Kat bawah ni ya.Yang kat bawah ni pulak, kalau nak dengar terus dari sini.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan