Khamis, April 29, 2010

Telah berlaku kecurian

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan peminat ustaz sekelian, malam ini saya tidak dapat mendonlod ceramah. Hari ini telah berlaku kecurian. Kejadian hari ini agak berat juga.

Macam biasa saya akan menunggu ustaz dimana-mana lokasi yang mudah. Kali ini saya tunggu ustaz di Masjid Al Ridhuan, Ulu Kelang. Ustaz sampai agak lewat dan elok-elok ustaz sampai azan maghrib pun berkumandang. Ustaz kata kita solat dulu sebelum ke Damansara Damai untuk forum. Saya letak kereta sebelah kereta Hj Muazan yang bawa ustaz malam tu. Selepas punggah barang ke kereta Hj Muazan, kami solat Maghrib.

Selesai solat Maghrib, Hj Muazan sedar kereta dia dah kena pecah. Cermin belakang kanan sudah dipecah orang. Alamak! Saya check kereta saya. Kereta saya ok. Selamat. Tapi beg hitam ustaz yang biasa dia bawa hilang, begitu juga beg saya yang dalamnya ada kamera, perakam suara dan handphone juga turut hilang. Kunci kereta saya yang ada kat dalam beg pun hilang.

Beg hitam ustaz tu nampaknya lebih bernilai. Ustaz telah kehilangan Pasport Antarabangsa, Lesen Memandu, Kad Pengenalan, Kad Atam, Buku Bank, Kad Pencen wakil rakyat, buku cek, cek, ubat-ubat dan doa-doa dan nota-nota dia. Ustaz juga kehilangan sejumlah besar wang yang ada dalam beg itu. Jumlahnya agak banyak juga.

Selepas mendapat maklumat tentang kejadian ini, pihak masjid Muhtadin telah menunaikan solat hajat sementara menunggu kami yang lewat.

Lepas forum, kami terus ke Balai polis Taman Melawati untuk buat report.

Saya mintak maaf banyak kepada sahabat dan peminat ustaz. Buat masa ini saya tak dapat nak mendonlod ceramah, sebab semua gajet saya hilang. Saya terpaksa mula dari kosong balik. Paling penting perakam suara juga turut hilang. Nak beli lagi entah bila pulak, tu perakam suara yang agak berkualiti dan mahal sikit. Sahabat-sahabat doakan lah saya murah rezeki, dapat saya beli perakam yang baru dan kamera yang baru. Dapatlah kita terus mendonlod ceramah.

Sekali lagi saya mintak maaf di atas kesulitan ini.

5 ulasan:

arrawa berkata...

salam sahabat..

semoga allah s.w.t memberikan kekuatan kepada sahabat dalam menerima ujian allah ini...percayalah bahawa allah tidak menduga hambanya tanpa sebab...pasti ada hikmah disebalik dugaan ini...

ana doakan moga2 sahabat dimurahkan rezeki untuk kembali menyumbangkan sesuatu yang sangat bermafaat buat umat islam semua..

ijoks2009 berkata...

Salam sahabat,
saya turut bersimpati dengan nasib saudara.
Setiap sesuatu ada hikmahnya.
Beg ustaz Ismail Kamus pun kena curi juga ke?

Jeng!Jeng!Jeng! berkata...

Beg Ustaz kena curi juga. Beg ustaz lebih berharga dari beg saya tu.

jebat_berani berkata...

bersabarlah duhai saudaraku...setiap yg berlaku pasti disertakan hikmahnya...boleh hamba tahu berapa agak2nya kos untuk mendapatkn alat perakam yang baru?

~msr78~ berkata...

Salam,
Kita Doakan agar Allah bukakan pintu hati org yg mencuri itu untuk kembalikan barangan yg telah dicuri.
Ini kerana barangan tersebut amat berharga kepada kita semua juga.
Dengan barangan tersebutlah kita dapat bertambah ilmu akhirat. Semoga Allah gantikan yg terbaik untuk kita semua. kami semua berharap sangat blog jeng3x dapat meneruskan perjuangan islam dgn ilmu2 yg manfaat untuk kami semua yg berada di luar Selangor.
Apa yang terjadi ada hikmahnya.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você