Selasa, Julai 27, 2010

Ke Kampung Inas, Negeri Sembilan







Assalamualaikum! Sahabat dan kroniyang dihormati sekelian. Tujuan saya mengapdet blog kali ni adalah untuk memberitahu yang kita telah pergi ke Kampung Inas, negeri Sembilan. Perjalanan kami bermula pukul 4.30 petang dan singgah di rumah kawan ustaz di Rembau. Sempat juga makan keropok dan buah-buahan sikit.


Kemudian perjalanan diteruskan ke Kampung Inas. Ini 1st time yang pertama kali saya sampai ke kampung ni. Lepas solat maghrib, ceramah israq mikraj bermula. Saya rasa ni surau kelurga je ni. Akan tetapi ramai jugak orang kampung yang datang. Bagi memeriahkan lagi suasana ceramah, saya sertakan ceramah dalam format mp3. Bolehlah tuan-tuan donlod dengan kadar segera. Jangan berlengah lagi.



Lepas tu kita makan. Bagi yang selesa mendengar ceramah dari blog saya ni, boleh tekan butang segita putih kat bawah ni.


0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você