Isnin, Mac 21, 2011

Ke rumah Abu Irfan






Ahad (20/3/2011) kami ke rumah Abu Irfan di Ulu Langat. Petang tu hujan agak lebat dan berlakulah kesesakan di Ampang Point. Bersama Ustaz Zaki dan ustaz, kami ke rumah sahabat Abu Irfan di Ulu Langat. Sampai dirumah ustaz hujan masih turun. Saya payungkan ustaz ke kereta dari rumahnya. Masa ustaz pegang bahu saya, rasa terharu jugak. Tahulah saya, ustaz sudah tak sekuat dulu. Namum keadaan ustaz sekarang jauh lebih baik kalau dilihat masa dia sakit dulu, tapi tidak sekuat seperti sebelum sakit. Bila melihat ustaz teraba-raba mencari pemegang pintu kereta, saya juga tahu, ustaz mengalami masalah penglihatan. Kata ustaz, doktor mengatakan masalah penglihatannya, insyaallah boleh sembuh. Keadaan buah pinggang sudah beransur baik.

Pada saya, keadaan ustaz sekarang ni, belum begitu baik, tapi sudah jauh lebih baik dari masa sakit hari tu dan sedang beransur baik. Kita doakan semoga ustaz cepat sembuh.

4 ulasan:

izatul hafinaz berkata...

bila ustaz nak mula ceramah?

Jeng!Jeng!Jeng! berkata...

lambat lagi izatul hafinaz

Laman An-Nur berkata...

salam sahabat, terharu tengok ustaz...alhamdulillah semakin sihat nampaknya. Kalu teringst, kim salam kat ustaz....akmal

Jeng!Jeng!Jeng! berkata...

InsyaAllah.. Akmal... lama tak jumpa ya

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você