Ahad, April 17, 2011

Ustaz dan buku terbarunya!!



Assalammualaikum! Sahabat dan kroni. Kali ni saya uplodkan gambar terbaru ustaz dan juga buku terbaru ustaz. Jelas sekali ustaz belum sihat sepenuhnya. Sebelah matanya masih belum boleh nampak sepenuhnya. Akan tetapi, keadaan ustaz sekarang jauh lebih baik dari sebelumnya. Melihat keadaan ustaz sekarang ni, saya merasakan tidak ada ceramah untuk masa yang panjang. Kita doakan ustaz mendapat kembali kesihatan yang baik.




Dalam pada itu saya sempat minta ustaz bergambar dengan buku terbarunya. Buku keluaran Telaga Biru bertajuk "Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh". Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata. Tuan-tuan boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.


1 ulasan:

Dr RASBY berkata...

Saya ada membeli buku tentang fardu ain ... banyak membantu.

akan saya perolehi buku kedua ini pulak.

Doa saya agar Ustaz Ismail sentiasa sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você