Tuan Guru Nik Aziz kata kerajaan patut perluaskan lagi penggunaan gas bagi menggantikan minyak yang semakin naik harganya. Benar kata Tuan Guru Nik Aziz. Malaysia merupakan pengeluar gas yang berada dalam 'Top 10' negara pengeluar gas. Info ini aku dapat di https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2183rank.html.
Kedudukan Malaysia sebagai pengeluar gas dunia mengatasi Brunei, Qatar, UAE dan banyak lagi negara pengeluar minyak.
Oleh itu Tuan Guru mencadangkan kita memperluaskan lagi penggunaan gas ini. Benar lagi kata Tuan Guru. Malaysia memang mampu menggunakan gas sebagai sumber utama bahan api negara. Sekiranya gas digunakan, maka penggunaan minyak akan berkurangan. Ini membolehkan Malaysia menjual lebih banyak minyak dengan harga yang tinggi dan semakin tinggi itu. Kos pemasangan NGV perlu direndahkan lagi mengikut kemampuan pengguna. Sekiranya kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat, gas lah caranya.
Bilangan stesyen minyak yang mempunyai kemudahan NGV hanyalah lebih kurang 40 buah seluruh negara. Seluruh negara!!. Bilangan kenderaan yang menggunakan semakin meningkat mungkin sudah mencapai 30,000 buah kenderaan.
Memandangkan Malaysia pengeluar gas yang berada dalam ranking tinggi, maka tiada sebarang masalah sekiranya gas digunakan secara meluas.
Tapi Pak Lah tak pernah sebut langsung tentang gas ni. Lupa atau buat-buat lupa. Korang boleh refer kat banyak lagi laman web pasal negara pengeluar gas ni. Antaranya http://www.infoplease.com/ipa/A0872966.html
Isnin, Jun 16, 2008
Benar kata Tuan Guru!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan