Rabu, Jun 11, 2008

Naikkan harga minyak untuk tolong rakyat.... KEPALA LUTUT KAU


Entah malam bila entah, aku tengok TV1. Sharir Samad tengah baik punya goreng. Dia kata "kerajaan naikkan harga minyak tu bukan apa, nak tolong rakyat jugak". Aku cuma nak kata "KEPALA LUTUT KAU". Bila minyak naik harga perbelanjaan rakyatpun naik jugaklah. Macamanalah kau boleh jadi menteri. Dia kata lagi sekarang kerajaan sedang berjimat cermat. Ha...ini aku nak bagi tips cara - cara berjimat cermat.

  1. Kabinet mestilah menyewa apartment. Semua menteri duduk dalam apartment tu. Bagi menghormati Pak Lah sebagai perdana menteri, dia duduk tingkat bawah sekali sebab dia dah tua penat nanti naik tangga.
  2. Kabinet juga patut naik bas. Ya lah, bila duduk kat apartment satu tempat, kita sediakan bas. Semua kabinet mesti naik bas tu sekali. Maknanya satu trip je. Lagipun opis dia orang kat Putrajaya je.
  3. Makan tengahari mesti sekali. Bayar ikut giliran. Kalau hari ni Pak Lah bayar esok Najib pulak. Ini juga dapat menjalin silaturahim di kalangan kabinet.
  4. Pakaian juga mesti seragam. Pak Lah dengan Najib je boleh pakai kot. Ya la, hormat Perdana Menteri dengan Timbalannya.
  5. Kalau nak pergi luar negara naik Air asia. Murah. Tempah awal, duit tak dikembalikan kalau batalkan tempahan.
  6. Harga minyak untuk kabinet harganya tinggi sikit. RM5 seliter. Ya la, dia orang gaji besar.
  7. Isteri-isteri menteri mesti pandai cari duit sendiri. Dia orang hendaklah menubuhkan Kumpulan Marhaban. Bila ada orang kawin, dia orang ni lah yang akan berMarhaban. Tambah pendapatan.
  8. Gaji menteri dikurangkan sebanyak 90%. Ya la, kata nak tolong rakyat.
  9. Menteri yang balik kerja awal, bolehlah buat part time kat 7 Eleven ke, pam minyak ke.
Banyak lagi lah. Kalau korang nak idea lagi aku ada, tapi kena lantik aku jadi menteri la.

4 ulasan:

azieazah berkata...

Hahhahahaha.. aku suka idea kauu....

bimmer553 berkata...

tu dia bernas punya idea. timbalan menteri pulak suruh kerja part time susi kereta. tak payah pakai warga bangla lagi

Muzik Untuk Hidup berkata...

menteri2 ahli parlimen wakil rakyat dikurangkan gaji+elaun...
dorg buley tambah incom gantikan keje warga asing..
haha...!!

halu balik pekerja asing.....

Tanpa Nama berkata...

Uyuh angahnyak... jangan harap menteri bn nak buat macam tu. Tak kenal lagi ker sikap diorang.....

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você