Kalau aku jadi perdana menteri....hmmmm... Macam ni, kalau aku jadi perdana menteri, aku ada rancangan aku sendiri. Strategi bagaimana nak memerintah negara ini. Berikut adalah antara langkah-langkah yang bakal aku laksanakan
- Harga minyak akan diturunkan kepada harga yang paling rendah didunia. Bukankah Malaysia suka mengejar nama. Kalau aku jadi PM, minyak aku turunkan harga sampai Arab Saudi pun akan bandingkan harga dengan Malaysia. Barulah dinamakan Malaysia Boleh. Susah apa turunkan harga. Caranya. Buat sidang akhbar, turunkan harga minyak..selesai.
- Harga minyak kelapa akan dinaikkan. Ini adalah kerana minyak kelapa berasal dari tempat tinggi, iaitu di atas pokok kelapa. Tinggi, kan? Jadi harganya perlulah tinggi sikit. Susah apa.
- Minyak urat juga akan dinaikkan harga. Ini membolehkan tukang urut memperoleh pendapat lebih.
- Cukai pintu akan dimansuhkan sama sekali. Buat apa nak cukai pintu. Pintu tu kat situ je. Bukan bergerak pun.
- Cukai jalan juga mansuh. Ini bagi memudahkan kerja JPJ. Bila JPJ dah tak ada kerja, kita tutup je JPJ.
- Gaji polis akan dinaikkan. Ini membolehkan polis membeli hanpon mahal. Aku heran betul tengok polis, henpon dia orang semua canggih2. Dari pangkat rendah sampai yg tinggi.
- Polis trafik boleh bawak motor polis tu. Senang nak hantar anak pergi sekolah.
- Subsidi minyak. Yang sebenarnya akupun tak faham pasal tu, tapi masa tu aku dah jadi PM. Orangpun tak tanya. Bagije la subsidi.
- Turunkan harga kereta Proton. Bagi murah2 je. Tengah tahun buat sales. Harga runtuh.
- Pecat semua pembaca berita TV3. Mengarut je dia orang tu.
- Turunkan tambang bas. Bawak balik bas mini ke Kuala Lumpur. Bukan apa, aku memang dah rindu nak naik bas mini. Itu je. Aku kan PM, suka hati aku la.
- Segala cukai aku kasi turun punya. Nanti orang tanya, abislah negara tak ada pendapatan lagi. Jawapannya ada. Jual tanah kat Singapura. 1 kampit tanah jual RM10. Dia orang mesti beli punya.
- Sewa KLCC kat sapa2 yang nak sewa. Sewa murah2 je. Lepas tu cat warna tadika, barulah boleh nampak dari Shah Alam.
- Tol akan dihapuskan sama sekali. Sapa nak bayar, kira derma je.
17 ulasan:
gagagaga.
siott je hangg.
hahahhahaha,
jgn naikkan harga minyak wangi...siap kang....
hoho~
betuah btol..huhu~
Sewa KLCC kat sapa2 yang nak sewa. Sewa murah2 je. Lepas tu cat warna tadika, barulah boleh nampak dari Shah Alam.
tegelak terus aku bace post hang ni. adoilaa.. :p
apepun terima kaseh sudi melawat blog aku.
"duit rakyat utk rakyat. bukan utk anak pinak paklah"
Hai seronok nyer kalau jadi PM... :)
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...itulah kata-kata yang mungkin tepat untuk situasi sekarang ni...
Kita tak tau apa agenda sebenar tentang kenaikan segala macam barang ini...
Kalau kita menuding jari ke sana sini mencari kesalahan pun, mungkin sampai bila pun masalah yang kita hadapi ni tak akan settle sampai bila-bila pun...dan kemungkinan benda sama akan berulang lagi...
Semua yang terjadi, adalah ujian untuk diri kita. Segala yang berlaku disekeliling dan sekitar kita adalah satu eksperimen dari Allah untuk kita. Dia ingin menguji hambaNya...
Dari menuding ke sana ke sini, mungkin langkah yang baik adalah kita mula salahkan diri kita sendiri...kita kaji diri kita sendiri...kenapa situasi ini boleh berlaku...apa salah diri kita...kita gunakan sepenuhnya nikmat akal anugerah Allah itu...
Tak dinafikan kenaikan harga minyak dan barang meresahkan...mungin langkah terbaik kita boleh kaji dari segi cara perbelanjaan kita sebelum ini.
Adakah semua ujian ini adalah cara Allah nak sedarkan kita semua, bahawa selama ini kita mungkin terlalu alpa dengan cara hidup kita yang mungkin agak mewah atau boros?
Hanya kita sendiri yang tau trentang diri kita...
adoiii la.. lawak nye... ermm klu lah awak jd pm lah kan.. :) heheh
hahaha.... kekek arr blog awak nie.. baca trus gelak.. kalau awak jadi PM, saya sokong and undi awak... hehe... confirm lepak..
Eh...bila awak nak bertanding? Cakap laa yer, saya nak undi awak Jeng Jeng....Sure makmur negara.
p/s jangan lupa bagi subsidi kat minyak wangi supaya semua rakyat malaysia wangi tau.
terima kasih kepada yang sudi ulas... jangan lupa undilah saya..hahaha
if negara kite paling rendah minyak..gamaknya byk la bnde yg diseludup...rasuah sure berlaku byk..lum lg penyalah gunaan bahan bakar...bg yg tamak..habis sume minyak negara digali...tau2 je 2020 nnt dah habis bekalan minyak kita..tue ok lg
lum lg kes amerka cari kelemahan kita untuk mengfitnah last2 jd cam iran...dorg xsuke sesuatu tidak berada didalm kawalan mereka...dengan bnde nie la dorg leh kuasai semua bahagian dunia sampai tiada yang berani bersuara bila negra seagama di serang depan mata...
lagi satu layak kah anda menjadi PM sedangakn dalm statement kat ats nie tidak menyatakan bahawa plan ini diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agung.. PM xde power sgt la.. cuma boleh memanjangkan cadangan yang dibentangkan (delepas kajian menyeluh-untuk cukupkan syarat)dari dewan parlimen n dewan rakyat je...
manifesto yg menarik nie. so,aku undi ko! kalu lepas jadik PM ko tak perform, aku undi usul tak percaya lak. ape ade hal. hehe..
salam... saya telah link blog ni..
no 15. Gaji kakitangan kerajaan diturunkan ke tahap paling minima dalam dunia. Ramai akan mati, senang kerajaan nak memerintah. Kalau dorang cakap banyak, suruh je terima rasuah. Boleh tak macam tu...?
boleh..divahantu.. macamana saya boleh lupa idea tu...hahaha
Petronas hanya mengeluarkan 20% minyak sahaja. Selebihnya negara lain punyer. Sebabtuh naik harga. Lainlah negara kita mengeluarkan 50%-100% minyak.....
Di antara 3 jejaka itu . yang mana satu pernah menang besar dan kalah besar dalam pilihanraya ?
Catat Ulasan