Fuyyoo!!! Malaysia lawan Chelsea...beb!!! Ini bolehlah dianggap sebagai pertembungan maut bagi Chelsea. Ini adalah kerana Chelsea akan penat menjaringkan gol. Apa kelas Malaysia nak lawan Chelsea. Standard Malaysia lebih tinggi dari itu. Kalau Bangladesh ke, Cambodia ke, Maldives ke barulah standard Malaysia. Ingat senang ke Chelsea nak dapat main dengan Malaysia ni. Berapa kali dia orang apply nak lawan Malaysia ni. Ini kali kedua Chelsea lawan Malaysia. Kali ini pun sebab Malaysia dah tak ada sapa nak lawan, jadi Malaysiapun terima pelawaan Chelsea tu.
Malaysia akan bagi peluang Chelsea mencipta kemenangan. Lagi besar kemenangan lagi baik. Ya la Chelsea kan datang dari jauh, takkan Malaysia sampai hati nak biarkan Chelsea kalah pulak, kan? Mestilah Malaysia bagi Chelsea kemenangan selesa bagi menghibur hati dia orang yang nak balik jauh tu. Tak percaya korang tengoklah nanti. Kalau Malaysia menang.....errr... tak payah fikirlah Malaysia menang. Memang niat Malaysia, main bola untuk kalah. Korang boleh ingat ke, bila Malaysia menang?
Khamis, Julai 24, 2008
Chelsea lawan Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
tak ingat ke sib baik aku ingat...hehe..
tapi baik buat lawan team lain kan dari lawan msia...rasa malu je tgk kena buli
kita tenguk je la nanti langit tu tinggi ke rendah.huhu
malaysia sbenarnye hebat..
jangan perlekehkan malaysia..
tp ape yg pasti chelsea akan balik dgn keletihan sbb terlalu byk sumbat gol dn malaysia balik dgn hati yang gembira sekali sbb dpt bertemu pemain chelsea
hidup malaysia!!
hidup malaysia!!!
malaysia belasah chelsea..
ooppsss sowie...
chelsea belasah malaysia 5 gol berbalas angin
Catat Ulasan