Isnin, Mei 31, 2010

Bertemu Ustaz Azhar Idrus dan rombongannya




Assalammualaikum! Sahabat dan kroni semua. Malam ni saya ke Taman Kosas, Ampang. Ada ceramah Ustaz Azhar Idrus malam ni. Malam sebelumnya di Masjid Al Ridhuan. Ustaz Azhar berceramah dengan penuh semangat sampai 2 jam lebih. Hebat sungguh.

Jemaah yang datangpun hebat jugak. Sikitpun tak berganjak. Ustaz kena datang selalu ni. Malam tu orang datang dari pelbagai pelusuk tempat. Semua tak nak lepaskan peluang mendengar secara live ceramah ustaz. Nampaknya jemaah dapat tidur lena malam tu.

Lepas habis ceramah saya pergi minum dengan rakan sekerja Rizal di Restoran Pelita Ampang, Point. Dalam dok memperkatakan tentang ceramah tadi, rombongan Ustaz Azhar sampai. Minum kat situ jugak.

Sayapun teringat pesan Ustaz Ismail Kamus, "cakap kat Ustaz Azhar Idrus tu, ceramah kat KL ni, kurangkan sikit loghat Terengganu tu". Cuak jugak saya, rasanya memang tak dapat sampaikan pesan ustaz Ismail Kamus tu. Bila nampak ustaz Azhar di restoran ni, harapan saya kembali.

Saya beri salam salam kepada ustaz dan rombongannya. Dan sampaikan pesan ustaz Ismail Kamus tu. Ustaz Azhar gelak je. Sempat jugak saya tanya Ustaz Azhar Idrus, dapatkah dia berforum dengan Ustaz Ismail Kamus. Dia kata boleh. Tapi bukan dalam masa terdekat ni. pada saya, bila dia kata boleh je, saya dah puas hati. Sebelum ini saya pernah bertanya kepada Ustaz Ismail Kamus, soalan yang sama. Jawapannya jugak sama dengan Ustaz Azhar. Peluang menemukan 2 tokoh agama ni nampaknya cerah.

Saya akan cuba lakukan sesuatu. InsyaAllah. Teringin sangat nak tengok forum hebat tu. Kalau dapat berforum di Masjid Amaniyah lebih bagus.

Ni rakan kerja saya, Rizal sedang menerima tunjuk ajar dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mengendalikan kamera.




Dan bagi yang nak dengar teus dari sini, tekanlah butang hijau kat bawah ni.

0 ulasan:

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você