Sabtu, Mei 08, 2010

Google buat perangai, kita kena getah!!!

Assalamualaikum sahabat dan kroni...huhuhu. Selepas menghadapi minggu yang sukar datang minggu yang lebih sukar. Blog yang saya bina ini tiba-tiba hilang. Account gmail saya juga hilang. Bila kita nak buat blog, kita kena ada account Gmail dulu. Saya sudah ada account Gmail sejak tahun 2003 lagi. Blog ini mula dibina pahun tahun 2005 kalau tak silap. Silap pun tak pa. Minggu lepas kamera dicuri orang, tiba pula minggu blog hilang. Hilang kamerapun dah rasa kecewa.

Hj Muazan lah orang pertama yang sedar blog ni hilang. 1/5/2010 saya ada kenduri kat rumah mak saya. Anak jiran kami kawin. Tengahari tu, Hj Muazan telefon kata blog tak boleh masuk. Saya tak kisahpun, sebab malam tu saya tengok ok je. Saya kata kat dia, mungkin dia salah taip. Kemudian dia telefon lagi, tak boleh jugak. Jawapan saya cuba masuk ikut Google. Pun tak boleh. Petang tu saya balik rumah, tengok memang betul tak boleh masuk. Email pun sama.

Saya tanya kepada blogger2 otai yang lain. Mereka kata memang dah kena ceroboh. Hah! Kena ceroboh!. Faedah apa ceroboh blog ceramah ni. Ada kawan kata, ada unit kat Cyberjaya Security memang buat padam blog orang ni. Saya tak rasa macam tu pulak. Faedah apa ceroboh blog ceramah.

Satu kemungkinan lagi, saya rasa terfikir jugak. Kalau tak salah saya dulu Saudara Syukur pernah bagitau saya melalui shoutbox. Kalau kita silap taip link blog saya ni, dia aka pergi ke laman web Kristian. Iaitu laman web !st Internet Church. Contonya macam ni. Ni link blog saya http://jeng3x.blogspot.com/. Kalau kat link tu, huruf B yang berwarna merah tu kita tertinggal. Kita taip "logspot" sahaja memang dia akan bawak kita ke link Kristian tadi. Sebab yang ini amat meyakinkan saya, mengapa blog saya diceroboh. Baru-baru ini, bila blog ini dibebaskan oleh Google. Saya cuba taip macam tadi tu. Jawapannya tetap terus ke web Kristian tu. Saya cuba link blog orang lain pulak. Jawapannya agak memeranjatkan. Semua blog, saya ulangi semua blog, kalau kita silap taip, buang huruf B tu tetap akan ke sana juga. Semua blog. Bukan blog saya sahaja. Maknanya alam Cyber ni dikuasai habis oleh puak-puak tu.

Masa hilang blog betul-betul buat saya patah semangat. Rasa dah tak nak buat lagi dah. Templatenya semua dah hilang. Penat buat bertahun-tahun. Nak bagi ceramah macam ustaz, tak mampu. Saya pilih untuk panjangkan ilmu yang ustaz sampai dengan blog ini. Tiba-tiba hilang. 2-3 hari saya tak buat apa-apa. Memang dah jatuh moral saya. Kemudian saya bangunkan blog baru. Blog tu dah siap. Wajah baru. Saya adjust template yang sedia ada ni. Lepas tu saya cuba masuk blog ini. Tengok-tengok boleh pulak. Tapi password untuk email dan blog kena tukar lain. Jadi blog yang lagi satu tu, kira standby la.

3 ulasan:

Unknown berkata...

oo begitu cerita dia,
saya cadangkan ustaz buat bacup kalau boleh setiap minggu dan letakkan klon blog ni kat dlm blog satu lagi.seelok-eloknya blog bacup tu jgn guna akaun email yg sama.

Blog saya pun dah pernah kena sekali,ada ke patut saya elok-elok tgh menaip nak update blog tetiba perkataan yg saya taip tu hilang dua tiga kali saya taip hilang juga.akhirnya saya tutup computer.cabut wayar internet.biarkan 2-3 minit.lepas tu ok.

p/s kalau kita taip mana-mana url blogspot tanpa huruf "s" jadi blogpot,pun akan pergi kat laman kristian juga.

saksikan video penghinaan terhadap Islam http://ijoks2009.blogspot.com/2010/05/penghiaan-terhadap-islam.html

Pa'chik berkata...

sebenarnya, apa jugak yang dot blogspot kalau disilap eja sebagai logspot.com atau blogpsot.com akan bawak ke laman kristian...

ijok, tertinggal hurup s tu tak lah...

Unknown berkata...

Tertinggal huruf "s" pun akan pergi ke blog kristian juga
cuba copy url blog ini tanpa huruf s

http://jeng3x.blogpot.com/

 
Jeng!Jeng!Jeng! - © 2007 Template feito por Templates para Você