Baru-baru ni aku ada terbaca di laman blog Sepeda Tua Kg Pasir Baru tentang basikal tua. Wah menarik sekali. Banyak info aku dapat. Akupun ada sebuah basikal tua ni. Raleigh RajaH Super. Ni basikal aku. Peninggalan atuk aku ni. Puas aku bodek dia, akhirnya aku dapat beli basikal ni dari dia. Dia kata kalau dia bagi saja, takut aku tak tahu menilai basikal tu, jadi dia jual kat aku RM150. Hehehe!
Aku pernah bawak basikal ni pergi kerja dulu. Best...oo.. Orang semua sibuk naik kereta, aku naik basikal. Wah teruja betul.Dulu masa aku budak2 selalu curi naik basikal ni. sekarang dah jadi basikal aku sendiri. Best!!! Ni ada link2 menarik pasal basikal tua ni. Korang boleh tengok!
http://khazanahsepedatua.blogspot.com/
http://gerekersungaipetani.wordpress.com/
http://nostalgiabasikaltua.wordpress.com/
http://basikalmalaya.wordpress.com/
Kalau sapa2 tau ada lagi link menarik pasal basikal tua ni, bagi tau aku.
Isnin, Disember 22, 2008
Basikal Tua
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 3 ulasan
Selasa, Disember 09, 2008
Bodoh Bahlul!!!!
Nak kata apa dengan pasukan bolasepak Malaysia? Kalau kau tanya Director Ahmad Nisfu dia akan kata "BODOH BAHLUL!!". Memang konfom bodoh. Tak ada perkataan paling sesuai lagi dah. Aku baru nak sokong tean Malaysia balik, tengoklah apa dia orang bagi kat kita. Penjaga gol tu buat apa? Buat apa? Bingai!!! Yang ko keluar sapa suruh keeper oi. Benak sungguh.
Patutlah orang tak nak tengok Malaysia main bola. Macam taik. Aku ulang...macam taik. Striker bangang pulak taknak score. Tendang bola bagi kena palang, lepas tu pegang kepala. Menyesallah tu. Pooooooooooooodaaaaahhhhhh!!!!
Main macam hampeh. Passing punyalah teruk. Pemain Malaysia ni tak tengok TV ke? Tengok macamana team lain passing. Belajarlah. Bodoh tahap keterlaluan..la.
Penjaga gol tu patut mintak maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Buat sidang akhbar mohon maaf di atas kebodohan yang tak dapat dilupakan tu.
Kalau tengok jersi, pergh...bukan main. Ganas!!! Menakutkan pihak lawan, tapi bila main menakutkan penyokong Malaysia sendiri. Penjaga gol tu patut kita bagi dia paspot Vietnam je. Apalah....bongok betul.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Ahad, November 09, 2008
Sapa perlukan pembantu rumah Indon lagi...
Pembantu rumah Indon selalu menyusahkan kita. Macam2 hal dia orang buat. seterika badan sendiri la. Kapur duit tuan rumah la. Sekarang kita sudah ada pilihan lain. Ni dia aku tunjuk kat korang semua. Bela lah kucing dan didik dia sampai boleh jadi pembantu rumah.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 4 ulasan
Sabtu, November 08, 2008
Go!!! Gunner!!! benamkan MUnafik FC...
Gembira tak terkata bila Arsenal menang ke atas pasukan paling poyo dimka bumi ni MUnafik FC. Puas hati aku. Sebelum game, aku perasan ramai barua2 Man United kat Malaysia dok jaja jersi bodoh dia orang. Mak bapak dok hasut anak2, suruh pakai jersi Man U. Hah!! sekarang pakai sangatlah jersi ko tu. Menang dengan Man U dah kira macam menang liga bagi aku. Team sepoyo MUnafik FC ni aku benci gila...sama macam aku benci UMNO.
Aku rasa bapak MUnafik FC patut bunuh diri, sebab team poyo dia kalah dengan team kanak2 je. Puas hati!!! Puas hati!!!..
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Isnin, Oktober 13, 2008
Ada Apa pada Datuk!! BODOH!!!!!!
Tahniah kepada Shahrukh Khan sebab dapat pangkat Datuk! Nak kata apa lagi dah orang bagi, ambik je lah. Nak pertikaikan orang yang bagipun buat apa, kalau dia cerdik dia tak bagi. Betul tak? Oi Aku tanya ni...betul ke tak? Khabarnya Negeri Melaka yang bagi. Ni kalau Hang Tuah hidup lagi, siaplah korang. Kan Hang Tuah dah kata, Takkan Melayu hilang didunia!!! Korang nak jawab apa kalau Hang Tuah tanya? Akal ada ka?
Dah abis ke pelakon kat Malaysia ni? Lagi baik bagi pangkat Datuk kat Accapan ke... Sathia ke... lagi bagus. Pada aku baik bagi kat Accapan dgn Sathia sebab dia orang lagi banyak kali pergi Melaka. Dia orang dah berapa kali belakon kat Melaka tak dapat nak kira lah. Dalam perjalanan ke Melaka dia orang bayar tol lagi. Ko ingat Shahrukh Khan tu bayar tol ke? Lembupun boleh pikir apa. Jangan sapa kata aku cakap salah.
Lagipun lakonan Accapan dengan Sathia lagi best. Dia orang boleh cakap bahasa Malaysia, Shahrukh khan tu apa yang dia tahu. Harap gedik bolehlah.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Selasa, Ogos 19, 2008
Malaysia Boleh!!!
Tahniah!! La Chong Wei..gua caya sama lu. Walaupun lu banyak kali itu Lin Dan free point. Gua ingat kalau lu training guna court kecik baru ok. Ataupun itu net kasi rendah sikit...manyak senang boleh dapat emas..oo. Tapi lu sudah angkat iru silverpun gua ada respek sama lu...ma. Lain kali
Aku bagi contoh, renang. Itu
Tapi Chong Wei ni lainlah sikit. Pingat perak, brader! Olimpik pulak tu.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Rabu, Ogos 13, 2008
Sekali...Arif..la

Aku kenal sangat Arif ni... kawan gualah ni. Ini orang ...baik punya orang la. Aku kenal sangat dia ni. Kalau buat kerja tak ada main2 punya. Apa pun aku doakan Arif bersabar dan dapat menempuh dugaan ini. Kawan2 kat sinipun doakan kau.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, Ogos 06, 2008
FANTASY FOOTBALL

Tunjukkan kemampuan korang dalam mengurus pasukan korang tu. Itupun kalau korang beranilah. Kepada semua penyokong BPL, aku menyeru korang menyertai LIGA KAMPUNG. Sertai sekarang. Ada hadiah untuk pasukan yang menang. Hadiah yang istimewa ini dibawa khas dari negara Cina. Bab hadiah memang tak ada yang komplen. Macam juara kat bawah ni. Dia orang gembira dengan hadiah yang dia orang terima. Korang boleh tengok sendiri!!!

Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Khamis, Julai 31, 2008
2-0 saja....
Selepas menonton perlawanan itu, aku berani kata, Chelsea bermain "otek-otek" saja. Maksudnya main-main je la. Sebelum perlawanan, jurulatih Malaysia berkata akan menggunakan format 4-1-4-1. Maknanya "defensive" la tu. Kalau dah begitu ramai pemain Malaysia berada dalam kawasan sendiri memang sikitlah Chelsea dapat score. Sekali sekala Malaysia da jugak menyerang. Boleh tahan jugaklah dia orang punya serangan tu. Kira bahaya jugaklah, cuma penendang striker Malaysia je yang lembik. Aku heran, kenapa bila Malaysia lawan dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar, kita tak main sama macam kita main dengan Chelsea. Adakah perlawanan persahabatan lebih penting dari kejohahanan lain.
Ada orang kata aku memperkecilkan kebolehan Malaysia. Mintak maaf cakaplah, kebolehan Malaysia memang kecil. Ada juga yang kata aku tak menyokong Malaysia. Mintak maaf cakap sekali lagi, aku memang penyokong Malaysia, tapi aku bukan penyokong FAM. Korang yang sokong Malaysia jangan berat sebelah la. Chelsea trainingpun korang pergi tengok... Malaysia training, kenapa tak pergi. Hampeh!!!
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Khamis, Julai 24, 2008
Chelsea lawan Malaysia
Fuyyoo!!! Malaysia lawan Chelsea...beb!!! Ini bolehlah dianggap sebagai pertembungan maut bagi Chelsea. Ini adalah kerana Chelsea akan penat menjaringkan gol. Apa kelas Malaysia nak lawan Chelsea. Standard Malaysia lebih tinggi dari itu. Kalau Bangladesh ke, Cambodia ke, Maldives ke barulah standard Malaysia. Ingat senang ke Chelsea nak dapat main dengan Malaysia ni. Berapa kali dia orang apply nak lawan Malaysia ni. Ini kali kedua Chelsea lawan Malaysia. Kali ini pun sebab Malaysia dah tak ada sapa nak lawan, jadi Malaysiapun terima pelawaan Chelsea tu.
Malaysia akan bagi peluang Chelsea mencipta kemenangan. Lagi besar kemenangan lagi baik. Ya la Chelsea kan datang dari jauh, takkan Malaysia sampai hati nak biarkan Chelsea kalah pulak, kan? Mestilah Malaysia bagi Chelsea kemenangan selesa bagi menghibur hati dia orang yang nak balik jauh tu. Tak percaya korang tengoklah nanti. Kalau Malaysia menang.....errr... tak payah fikirlah Malaysia menang. Memang niat Malaysia, main bola untuk kalah. Korang boleh ingat ke, bila Malaysia menang?
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 4 ulasan
Selasa, Julai 15, 2008
SMS kawanku!!!!

Berbalik pada SMS kawan aku tadi. Kecewa betul nampaknya dia dengan Ezam ni. Ini SMS dia aku salin balik.
Macam tu lah SMS nya. Aku sendiri dah malas nak layan politik punya hal. Dulu aku dah puas marah hal politik ni. Sekarang ni aku dah relaks, sebab ramai lagi yang lebih marah dari aku. Jadi biarkanlah orang lain marah pulak. Hahaha!

Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Isnin, Julai 14, 2008
4x4 Jamboree, Sg Sendat

Lens saja aku tengok dah tak larat pikul. Mesti gambar dia orang tu cantik dan menarik. Kalau gambar yang dia orang ambik tu tak cantik, aku ada 1 nasihat untuk dia orang iaitu..."Baik kau bakar je kamera tu".
Akupun ambik juga beberapa keping gambar yang aku gerenti kalau masuk pertandingan tu, terus dia orang campak dalam tong sampah. Macam-macam aksi aku ambik. Aksi aku je tak tau macamana nak ambik. Nasib baik Dik Apit ambik gambar aku. Jadilah, daripada tak ada. Ni aku sertakan gambar yang aku ambik...hehehe... Kalau nak tengok gambar yang menarik masuk link ni...http://archidoz.fotopages.com/. Dik Apit punya link. Kamera dia canggih...oo.




Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Khamis, Julai 10, 2008
Suatu masa dulu...
Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Tuan Guru Hj Hadi dan ramai lagi orang kenamaan dan ahli-ahli Pas yang kebanyakannya sudahpun menjadi wakil rakyat sekarang ini. Ustaz Ismail Kamus adalah tuan rumah kepada majlis itu.




Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Atuk sapa....la ni..???


Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Khamis, Jun 26, 2008
Turkey vs Malaysia

- Mutu Permainan
Malaysia punya mutu pemainan tak payah cakaplah. Punyalah bagus, cakappun tak guna. Sangat bermutu sehinggakan pasukan lawan yang handal-handal kalau main dengan pasukan Malaysia akan kelihatan tak bagus. Ini adalah kerana mutu permainan Malaysia berjaya mempengaruhi pasukan lawan. Passing pulak, Malaysia banyak kelebihannya, mereka bukan saja boleh menghantar bola kepada rakan sepasukan, malah juga boleh menghantar bola tepat kepada pasukan lawan. Ini membolehkan Malaysia membantu pasukan lawan menjaringkan gol. Malaysia juga boleh menghantar bola keluar padang dengan baik. Ini berlaku bila Malaysia mendahului pasukan lawan. Biasanya dengan pasukan-pasukan kerdil. Tapi ada ke pasukan yang lebih kerdil daripada Malaysia? Hebatnya Malaysia!!
- Semangat juang
Semangat juang pasuka Malaysia lagi hebat. Kalau Malaysia ketinggalan 1-0, mereka boleh main cantik lagi. Kalau dah ketinggalan 2-0, mereka boleh main macam tarining je. Kalau ketinggalan 3-0, mereka masih boleh buat hantaran ke belakang. Kalau ketinggalan 4-0, mereka akan bersemangat kembali dan akan menjaringkan gol. Dan bila dah dapat score 1, mereka kembali tenang dan membiarkan pasukan lawan menjaringkan gol ke 5. Inilah yang berlaku masa Piala Asia kat Bukit Jalil dulu. China 5 Malaysia 1. Biasanya bila Malaysia ketinggalan, pemain akan memikirkan macamana nak patahkan kaki lawan. Sambil fikir bilalah game nak abis.
- Ranking Dunia
- Penyokong
Kelebihan Malaysia yang patut kita bangga adalah, Malaysia suka jadi tuan rumah. Senang sikit, kalau kalah senang penyokong nak maki.

Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 1 ulasan
Kakitangan kerajaan beniaga..hahaha
Aku tertarik betul dengan langkah kerajaan membenarkan kakitangan kerajaan berniaga. Wah! Bijak sungguh. Langkah tersebut boleh menyebabkan ramai peniaga gulung tikar. Katalah seorang kakitangan kerajaan sudah mengambil alih bisnes catering yang selama ini diberikan kepada syarikat A..la katakan. Lingkuplah syarikat tu.
Ini bermakna Putrajaya adalah shopping complex terbaru kerana ada macam-macam perniagaan dalam tu.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Jumaat, Jun 20, 2008
Rabu, Jun 18, 2008
Kalau aku jadi Perdana Menteri
Kalau aku jadi perdana menteri....hmmmm... Macam ni, kalau aku jadi perdana menteri, aku ada rancangan aku sendiri. Strategi bagaimana nak memerintah negara ini. Berikut adalah antara langkah-langkah yang bakal aku laksanakan
- Harga minyak akan diturunkan kepada harga yang paling rendah didunia. Bukankah Malaysia suka mengejar nama. Kalau aku jadi PM, minyak aku turunkan harga sampai Arab Saudi pun akan bandingkan harga dengan Malaysia. Barulah dinamakan Malaysia Boleh. Susah apa turunkan harga. Caranya. Buat sidang akhbar, turunkan harga minyak..selesai.
- Harga minyak kelapa akan dinaikkan. Ini adalah kerana minyak kelapa berasal dari tempat tinggi, iaitu di atas pokok kelapa. Tinggi, kan? Jadi harganya perlulah tinggi sikit. Susah apa.
- Minyak urat juga akan dinaikkan harga. Ini membolehkan tukang urut memperoleh pendapat lebih.
- Cukai pintu akan dimansuhkan sama sekali. Buat apa nak cukai pintu. Pintu tu kat situ je. Bukan bergerak pun.
- Cukai jalan juga mansuh. Ini bagi memudahkan kerja JPJ. Bila JPJ dah tak ada kerja, kita tutup je JPJ.
- Gaji polis akan dinaikkan. Ini membolehkan polis membeli hanpon mahal. Aku heran betul tengok polis, henpon dia orang semua canggih2. Dari pangkat rendah sampai yg tinggi.
- Polis trafik boleh bawak motor polis tu. Senang nak hantar anak pergi sekolah.
- Subsidi minyak. Yang sebenarnya akupun tak faham pasal tu, tapi masa tu aku dah jadi PM. Orangpun tak tanya. Bagije la subsidi.
- Turunkan harga kereta Proton. Bagi murah2 je. Tengah tahun buat sales. Harga runtuh.
- Pecat semua pembaca berita TV3. Mengarut je dia orang tu.
- Turunkan tambang bas. Bawak balik bas mini ke Kuala Lumpur. Bukan apa, aku memang dah rindu nak naik bas mini. Itu je. Aku kan PM, suka hati aku la.
- Segala cukai aku kasi turun punya. Nanti orang tanya, abislah negara tak ada pendapatan lagi. Jawapannya ada. Jual tanah kat Singapura. 1 kampit tanah jual RM10. Dia orang mesti beli punya.
- Sewa KLCC kat sapa2 yang nak sewa. Sewa murah2 je. Lepas tu cat warna tadika, barulah boleh nampak dari Shah Alam.
- Tol akan dihapuskan sama sekali. Sapa nak bayar, kira derma je.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 17 ulasan
Isnin, Jun 16, 2008
Benar kata Tuan Guru!!!!
Tuan Guru Nik Aziz kata kerajaan patut perluaskan lagi penggunaan gas bagi menggantikan minyak yang semakin naik harganya. Benar kata Tuan Guru Nik Aziz. Malaysia merupakan pengeluar gas yang berada dalam 'Top 10' negara pengeluar gas. Info ini aku dapat di https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2183rank.html.
Kedudukan Malaysia sebagai pengeluar gas dunia mengatasi Brunei, Qatar, UAE dan banyak lagi negara pengeluar minyak.
Oleh itu Tuan Guru mencadangkan kita memperluaskan lagi penggunaan gas ini. Benar lagi kata Tuan Guru. Malaysia memang mampu menggunakan gas sebagai sumber utama bahan api negara. Sekiranya gas digunakan, maka penggunaan minyak akan berkurangan. Ini membolehkan Malaysia menjual lebih banyak minyak dengan harga yang tinggi dan semakin tinggi itu. Kos pemasangan NGV perlu direndahkan lagi mengikut kemampuan pengguna. Sekiranya kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat, gas lah caranya.
Bilangan stesyen minyak yang mempunyai kemudahan NGV hanyalah lebih kurang 40 buah seluruh negara. Seluruh negara!!. Bilangan kenderaan yang menggunakan semakin meningkat mungkin sudah mencapai 30,000 buah kenderaan.
Memandangkan Malaysia pengeluar gas yang berada dalam ranking tinggi, maka tiada sebarang masalah sekiranya gas digunakan secara meluas.
Tapi Pak Lah tak pernah sebut langsung tentang gas ni. Lupa atau buat-buat lupa. Korang boleh refer kat banyak lagi laman web pasal negara pengeluar gas ni. Antaranya http://www.infoplease.com/ipa/A0872966.html
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan
Rabu, Jun 11, 2008
Naikkan harga minyak untuk tolong rakyat.... KEPALA LUTUT KAU
Entah malam bila entah, aku tengok TV1. Sharir Samad tengah baik punya goreng. Dia kata "kerajaan naikkan harga minyak tu bukan apa, nak tolong rakyat jugak". Aku cuma nak kata "KEPALA LUTUT KAU". Bila minyak naik harga perbelanjaan rakyatpun naik jugaklah. Macamanalah kau boleh jadi menteri. Dia kata lagi sekarang kerajaan sedang berjimat cermat. Ha...ini aku nak bagi tips cara - cara berjimat cermat.
- Kabinet mestilah menyewa apartment. Semua menteri duduk dalam apartment tu. Bagi menghormati Pak Lah sebagai perdana menteri, dia duduk tingkat bawah sekali sebab dia dah tua penat nanti naik tangga.
- Kabinet juga patut naik bas. Ya lah, bila duduk kat apartment satu tempat, kita sediakan bas. Semua kabinet mesti naik bas tu sekali. Maknanya satu trip je. Lagipun opis dia orang kat Putrajaya je.
- Makan tengahari mesti sekali. Bayar ikut giliran. Kalau hari ni Pak Lah bayar esok Najib pulak. Ini juga dapat menjalin silaturahim di kalangan kabinet.
- Pakaian juga mesti seragam. Pak Lah dengan Najib je boleh pakai kot. Ya la, hormat Perdana Menteri dengan Timbalannya.
- Kalau nak pergi luar negara naik Air asia. Murah. Tempah awal, duit tak dikembalikan kalau batalkan tempahan.
- Harga minyak untuk kabinet harganya tinggi sikit. RM5 seliter. Ya la, dia orang gaji besar.
- Isteri-isteri menteri mesti pandai cari duit sendiri. Dia orang hendaklah menubuhkan Kumpulan Marhaban. Bila ada orang kawin, dia orang ni lah yang akan berMarhaban. Tambah pendapatan.
- Gaji menteri dikurangkan sebanyak 90%. Ya la, kata nak tolong rakyat.
- Menteri yang balik kerja awal, bolehlah buat part time kat 7 Eleven ke, pam minyak ke.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 4 ulasan
Jumaat, Jun 06, 2008
Cara nak dapatkan rebet!!!!
Harga minyak sekarang ni memang membebankan. Semua orang tahu tapi Perdana Menteri Malaysia tak tahu. Jangan bimbang aku ada jalan penyelesaian. Sila ikut langkah2 ini:
- Beli kereta buruk. Yang dah tak boleh jalanpun tak apa. Tapi pastikan gerannya masih hidup. Cari yang paling murah. Beli 12 buah kereta.
- Pastikan kita akan "renew" roadtax utk sebuah kereta setiap bulan.
- Dengan ini anda akan dapat rebate sebanyak RM625 setiap bulan. Anda hanya perlu "renew" roadtax je, jangan pedulikan samada kereta tu wujud ke tidak.
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 3 ulasan
Khamis, Jun 05, 2008
Ahai! Ahai! Menipulah lagi..
Nanti dia akan keluarkan kenyataan kat tv, pengeluar tidak dibenarkan naikkan harga barang. Tolonglah. Budak bodohpun boleh fikir. Kalau dah minyak naik sampai 78sen, takkan harga barang tak naik. Habis dia orang nak hantar barang pakai air liur ke? Tambang teksi mesti naik. Tambang bas mesti naik.
Kalau dah tahu harga minyak duni naik, janganlah taja Team Petronas F1 lagi. Tu mesti makan juta punya, entah-entah bilion habis kat situ. Petronas juga jangan lagi menganjur program Petronas Adventure Team yang tiap2 tahun pergi mengembara keseluruh dunia tu. Bagi aku dua-dua penganjuran tu tak ada faedah pada rakyat. Perbelanjaan Dewan Philharmonic yang semua dah tahu tu pun patut dikurangkan. Monsoon Cup juga.
Kalau tak salah aku kerajaan banyak duit. Kenapa nak naikkan harga minyak. Sebab aku kata kerajaan banyak duit adalah Projek Koridor yang dibangga-banggakan tu. Koridor sana, koridor sini. Jangan buat semua tu. Boleh jimat gak tu. Guna akal..la. Aiseymen takkan itupun aku nak ajar.
Kenaikkan harga minyak juga dapat memutuskan silaturahim. Orang akan fikir banyak kali kalau nak kemana. Sebagai contoh, kalau sedara kau duduk kat Johor sedangkan kau duduk kat Selangor. Tentu kau fikir banyak kali nak pergi ziarah dia. Minyak mahal beb! Tol lagi.
Aku rasa kemalangan jalanraya dapat dikurangkan selepas kenaikkan harga minyak ni, sebab tak ada sapa nak jalan-jalan kemana. Bila dah tak ada orang pergi jalan-jalan, maka kuranglah kemalangan jalanraya. Itu agaknya matlamat kerajaan.
Oh lupa. Kerajaan bagi kita rebet oi. Kereta yang kurang 2000cc dia bagi rebet RM625 bersamaan 800liter minyaklah lebih kurang. Baik bagi kupon minyak percuma sebanyak 800 liter je. Rebet rebet ni entah bila la nak dapat duit tu. Heran jugak aku, buat apa naikkan harga minyak, lepas tu bagi rebet.
Korang nak sokong lagi ke, orang yang menyusahkan rakyat ni?
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 2 ulasan
Isnin, Jun 02, 2008
Selasa, Mei 27, 2008
ooo...ni kerja korang ya!!!
Aku nak marahpun ada, nak gelak pun ada. Nak marah sebab si Luqman ni telah menyebabkan kawan-kawan dia kelaparan menunggu dia. Sedangkan dia pergi laut ambik gambar. Nasib baik aku dengan bini aku datang terus makan. Kalau aku lepak sekali dengan budak-budak tu, akupun kelaparan jugak. Ko memang tak patut Luq, kesian Jib menunggu ko lama. Rupa-rupanya ko sibuk berposing ya. Cit!!!
Bila tengok balik gambar ko ni Luq, aku kira kasi chance lah kat ko. Kau kan pengantin baru aka Raja Sehari. Tapi sengih ko tu paling aku tertekan tengok. Hahahaha. Muka tak bersalah, kawan-kawan kelaparan menunggu ko. Dahlah berposing sakan kat laut, sempat minum kopi pulak kat kedai kopi Cina. Jib dah kelaparan sangat. Ko tengok pakcik kat belakang tu, rasa nak lempangpun ada. Tapi aku rasa dia pun macam aku jugak. Kasi chance kat pengantin baru, tapi dia mesti terfikir kenapa pulak pengantin minum kat sini. Mungkin pengantin ni penat singgah sini minum dulu sebab cari rumah pengantin tak jumpa-jumpa. Apapun tahniah Luq. Gambar ni ada kat http://tarbularasa.wordpress.com/
Dicatat oleh Jeng!Jeng!Jeng! 0 ulasan